February 4, 2012

SomBonG..HeBaT SanGaTKaH KITa?

Siapa pun anda, setinggi mana pun jawatan anda, tak perlulah berlagak sombong seolah-olah, andalah yang terhebat. Payahnya kalau manusia terlalu  merasakan dirinya hebat lantas memandang orang lain dengan hanya sebelah mata. Apakah perasaan anda apabila anda  menghadapi situasi sebegini?

Baru-baru ini saya dan kawan-kawan telah berkunjung ke sebuah sekolah untuk menghantar seorang guru kami yang bertukar ke sekolah tersebut kerana dinaikkan pangkat. Kebetulan pengetua sekolah tersebut merupakan rakan setugas kami sewaktu sama2 menjadi guru biasa namun beliau telah lama mengajar. 

Bukan tujuan saya untuk memburukkan beliau sebaliknya saya kongsikan cerita ini untuk dijadikan renungan kita serta peringatan kepada diri saya sendiri. 

Selama bekerja dengan beliau, ramai rakan setugas yang sering tersinggung dan "terasa" akibat kata2 beliau yang acapkali memperlekehkan atau memperkecilkan  kemampuan orang lain sebaliknya segala perkara yang dibuat  oleh beliau sering digembar-gemburkan untuk menunjukkan kehebatan beliau. Disebabkan telah masak dengan perangai beliau, masing-masing buat tak kisah.

Sewaktu saya bertukar sekolah, beliau telah berada di sekolah yang sama juga..sehinggalah beliau pulang dari menunaikan haji, perangai tak berubah. Bila bercerita masih lagi suka membangga diri dan pada masa yang sama sering menjatuhkan orang lain.

Dipendekkan cerita, selepas ucapan (dalam ucapan sempat juga diselitkan "hint" tentang kehebatan beliau) dalam satu majlis ringkas, rombongan kami seramai lebih kurang 40 orang dijemput ke jamuan ringan. Selesai makan, kami beransur untuk pulang. Sebagai rakan yang pernah bertugas di sekolah yang sama juga dalam satu pasukan, rasanya tak salah kalau saya menegur beliau sekadar untuk mengucapkan terima kasih. 

Sewaktu berjalan keluar dari bilik jamuan, saya berselisih dengan beliau lalu saya berkata,"terima kasih cikgu" (sebagai tetamu  kepada tuan rumah). Beliau yang saya pasti memang kenal muka saya, memandang saya acuh tak acuh lalu berpaling ke arah lain tanpa sebarang kata mahupun anggukan. Terkedu saya sekejap..beginikah sikap orang yang dah berpangkat? Susah sangat kah untuk mengeluarkan ungkapan "sama-sama" atau sekadar menganggukkan kepala sebagai tanda kita menghargai tetamu kita?

Bagi saya ini kali terakhir saya akan menegur beliau..(maaf..jahat tak ?) kecuali ditegur, saya akan jawab. Rasa hormat saya sudah hilang.

Apakah untungnya kita bersikap sedemikian terutama sekali terhadap orang yang pernah kita kenali? Perlukah kita bersikap sebegini? Hebat sangatkah kita bila dah berpangkat dan menjadi orang nombor  satu dalam sesebuah organisasi? Wajarkah kita sebagai seorang ketua memperlekehkan orang lain terutama rakan sejawat kita?

Siapalah kita untuk bersikap angkuh dan sombong di muka bumi tuhan ini.  Namun, inilah sifat manusia. Semoga kita tidak tergolong dalam orang-orang yang bersifat sebegini.



22 comments:

Ayuni said...

Hm, klau sye pun x kn tegur dh, kite pun ada maruah jugak, memang semua kena respect tapi wat pe respect yang x tau respect orang lain, semua orang smam saja, hanya Allah yang menentukan segalanya, kat atas dunia nie, bolehlah wat camtu...hm, ingat kn kt u je ader spesies camni....

Ce'gu JAERA said...

huh, kalau saya di tempat akak, saya pun akan buat perkara yang sama.. Pertama dan terakhir la saya nak tegur org sombong belagak macam tu..

terkilan kan.. seorang kawan yang kita kenali tiba2 jadi sombong bila dah ada jawatan.. percayalah, suatu masa nanti tak semestinya kita akan berada di atas.. ketentuan Allah itu Maha Adil.. Hari ini kita buat orang mcm tu, esok2 pasti ada balasannya...

kiz said...

sombong tak bawa kemana..

Deru Ombak said...

Salam Cikgu.
Dah dua kali kakya baca N3 Cikgu ni.
Manusia ni ada pelbagai sifat. Setinggi mana pun jawatan. Semua tu akan ditinggalkan juga. Sombong diri tak bawa kemana. Bila semua org menjauhkan diri dan hidup tak berkawan, baru tau langit tinggi rendah. Dah terhantuk baru nak terngadah.. Takde guna dah masa tu.

Unknown said...

sesombong mana kita pasti tidak dapat lari dari tuhan

Cik Sibuk said...

salam,

hmm..pelik orang cenggitu. kalau ye pun dah tak cam ke, apa lah salahnya jawab kan? kalau nak bersangka baik, anggap aje la dia tak dengar..hehhee

saya tak suka orang yang ada 'double standard'. terutamanya jenis orang yang macam kalau bercakap dengan bos sikit punya baik..tapi bila bercakap dengan cleaner, macam dia tu besar sangat. cleaner pon manusia jugak...

sekamar rindu said...

salam...

siapalah kita nak menyombong di bumi Allah ini...

sal ya said...

sesama rakan setugas pun blh buat mcm tu? mcm manalah agaknya dia handle sekolah tu..

monalea said...

memang kak.memang ada org begitu.terlalu bangga dengan pangkat. Lea bos-bos lama dekat opis lama lea dulu, lea masih contact sampai sekarang walaupun ada yang dah jusa, gred 54, 48.Satu yang lea ingat kata bos lea dia cakap kita apa pun pangkat kita budi bahasa tu penting. orang akan ingat kita. betul kata dia.lea sampai sekarang masih ingat dia walaupun dah 8 tahun lea tak jadi anak buah dia lagi.balik kuching ada masa lea akan jumpa dia.

Mulan said...

moga tiada di antara kita yg camtu.. pernah kena, tegur tapi takde respon.. malu gila sbb tengah2 orang... macam hidong tak mancung kita ni..!!

Serunai said...

Bila harta atau pangkat merajai hati, maka yang celik jadi buta, yang dengar jadi tuli.

whitecappuccino said...

@Ayuni: orang sebegi ni ada di mana2.
@Gen2Merah:lambat laun begitulah..
@Kiz: betul tu.
@Deru Ombak: Wslm kak ya..setuju dgn kakya, dari pengalaman lepas, pernah melihat situasi sebegini sewaktu ada jawatan, sombong dan garang tak bertempat, bila dah pencen, buat bisness, orang dah tak layan, bisnes lingkup.
@Rozuan:setuju dgn wan.
@Cik sibuk: memang nak bersangka buruk tapi mustahil tak dengar sebab jarak dgn dia memang dekat.
@Sekamar Rindu: betul..tak ke mana kita.
@anisalya: tu la..tak tau la..
@Monalea: Orang yang baik sampai bila2 kita akan hormat dan baik dengan mereka kan?
@Mulan: memang terkedu sungguh..

kurus said...

aduhh saya x suke org macam nie
ada juga insan macam nie di pejabat saya
dulu kami baik sbb dia sebaya
kini dia naik pangkat , cakap ikut suke .. x kesah org tersinggung atau ape .. ye dia boss tapi boss manusia juga , kena ada adab bila bercakap , jgn ikut suke ..

x akan kemana kak .. kalau bersikap begitu bukan kah org x suke dan x suke itu suatu doa .. dan bila ramai yg doa , natijah itu diri sendiri yg terima ..
soo renung2 kan .. biar besederhana org lebih suke dari bermegah org pandang kita hina huuh

minta selisih kan kak jadi pada kita huuh

Unknown said...

sombong nyer dio....tak kemano pun pangkat dio tuh...

Ayen... said...

kita idup ni ibarat roda kan,ade mase kat atas ade mase kat bawah.x dinafikan mmg ramai yg jenis gitu dan dah ramai jugak bile pencen nanti xde org yg akan layan dia,huhu...biarkanlaa dia nak sombong pun skrg ni.

Lady Milo said...

baru pangkat macam tu.. kalau masuk
politik, tak tau la...

kalau saya, memang dah tak tegur dah.
bukan apa.. malu bila ditegur tak menyahut.

xoxo..

uncle gedek said...

pernah mengalami keadaan yang sama walau waktu dan tempat yg berbeza...

:(

Unknown said...

Moga kita tak jadi macam dia.. Kena selalu ingat, bila kita bos, orang bawah kita yg sentiasa dokong kita.. Tanpa diorang, kita xleh buat keje pun.. Pokok tanpa akar takkan hidup..

Hidup kaya tp asyik dikeji orang, tak bahagia..

Daddylicious said...

cikgu perempuan yer....biasa terjadi...mmg cepat lupa diri!

Kalamhati said...

huhu sombongnya..cemana nk jadi pemimpin kalau mcm tu..

whitecappuccino said...

@papa MifZ: tu la..
@Lady Milo: menyesal tegur hehe
@padlie: ye la,sampai bila akan begitu
@gedek: oh..ada jugak yer
@daddylicious: bukan..yg ni LELAKI la
@Kalamhati:tak tau la..

Pondok Usang said...

hidup sementara didunia ni... Salam Maulidur Rasul.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...