September 25, 2012

LaDaP MeLaKa

Salam sejahtera..

I was in Melaka last week! Yup! bersama 120 orang guru serta kakitangan sekolah. Lawatan ini  diadakan sempena Latihan Dalam Perkhidmatan aka LADAP untuk semua guru dan staf sokongan sekolah saya.

Paling menarik ialah semua kos untuk LADAP ini iaitu pengangkutan , penginapan hotel selama 2 malam dan lain-lain dibiayai sepenuhnya oleh Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT).

Macam biasa selepas slot kursus diisi, jalan2 time!

beca yang dihias cantik, amik gambar jer..tak naik pun.
waktu malam lagi cantik sebab dihiasi lampu.

Menara Taming Sari..ramai yang naik tapi saya tak naik juga hehe..

Melaka River Cruise..yang ni saya naik..cuma kalau naik bot ni 
jangan duk di tepi, nanti kena percikan air yang baunya busuk.


Tertarik dengan susun atur barangan yang dijual, kemas dan tersusun.
Suka tengok barangan yang dibungkus dalam plastik berbentuk
 kelongsong atau kon itu. 


Dapat rasa mee rebus Muar..ok

paling sedap mee bandung Muar ni..best lagi 
bila kawan belanja.


Tak sempat nak merasa makanan lain sebab makanan yg disediakan di hotel membuatkan perut terlalu penuh tak boleh nak sumbat lagi...next timelah pulak ...kalau panjang umur. 

time spent with friends juga amat menyeronokkan!

Bila tengok cawan ni teringat malam tu kami makan yong tau foo 
kat bilik hotel, guna piring kecil ni dan hirup kuah dalam cawan 
since takde bekas lain.
...sebabnya kawan yg duk kat luar belikan
untuk  kami. Dek kerana pemberian orang, makan jugak la
walau waktu tu jam dah 1 pagi! 


Terima kasih APMT! 
Tahun depan ke mana pulak kami?



12 comments:

kasihredha said...

behnyo dpt jale dgn saing2 dok...sure happy tamboh2 ado yg belanjo make

Amin Hafizy said...

syok laa jalan2 ... x pernah naik lagi bot penambang tu... mcm menarik jer...

Deru Ombak said...

Assalamualaikum Cikgu..

Melaka bestkan Cikgu.. Saya kalau boleh nak balik rumah adik tiap minggu...Melaka juga terkenal dengan food paradise Nya Cikgu.. Melaka is my peberet state beside Pahang, Ganu Dan kelate. :)

yna hermosa said...

Melaka mmg best kak :) cendol melaka,terbaik :)

Kalamhati said...

ciknor! saya pun gi melaka jugok 15 nga 16hb lps..hehe bwk budak2 thn 6 lawatan

ewanthology said...

Melaka mmg best

Yaya Azura said...

bestnya dapat jalan2..
yaya baru pergi sekali..tapi tak jalan mana..teringin pulak nak pergi lagi..

norh said...

mee tu nampak sangat menyelerakan...

Miss N™ said...

sedapnya mee.. tgk lak tgh2 hujan ni..

wahida said...

saya suka Melaka kak, mcm2 ada kan...makanan pun best2 kan...

Mulan said...

mee bandung muar..!!!! kecur lidah...

ellynadyra said...

mee bandung tu nampak sedap sgt!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...