November 27, 2012

KOnVoKeSYeN

Assalamualikum..
Hari ni seharian di Uitm Shah Alam
menghadiri konvo anak lelaki..
will  update later,
Penat sangat-sangat !
akan balas jejak bila balik Tganu nanti...


November 24, 2012

RaMai La BoLeH BuaT LaGu Tu


Salam Jumaat yang mulia..

Al kisah kawan saya yang menjalankan bisnes 
pakaian, tudung serta lain-lain barangan 
keperluan wanita.
 Kedainya ada beberapa cawangan 
di berlainan tempat.
Dia ni pulak jenis yang tak berkira sangat kalau
 barang yang dibeli tu rosak atau ada 
defect boleh aja tukar yang lain 
..standard la tu kan?

Suatu petang selepas raya datang seorang 
customer pompuan,
"Kak, boleh tak saya nak tukar kasut ni,
tak sedap pakai la pulak,
baru beli kemarin".

Tanpa banyak soal, kawan saya suruh orang
 tu pilih kasut lain dan selepas dapat
 yang dikehendaki, 
pompuan tu pun berlalu pergi.

Bila kawan saya ambil kasut tu, 
dia perasan kesan tapaknya 
dah banyak haus (dah lama pakai)!

Errrr..ada juga orang macam ni..




November 21, 2012

OST PuTeRa RaYYaN - LaFaZKanLaH


Semenjak layan " Putera Rayyan",
suka pulak dengan lagu ni,
mendayu2 tapi boleh laaa...



Lirik Lagu: Lafazkanlah - Rahayudean 

Bila resah semuanya keranamu

Kadang gundah juga kerana kamu
Tapi mungkinkah kerinduan ini
Turut jua engkau rasai


Lafazkanlah kasih
Kalimah cinta
Lafazkanlah saja
Rindu milik kita

Kerana hati ini
Hanyalah buatmu
Setulus hati ku
Ku serah padamu

Oh kekasih
Kekasih janganlah kau pergi
Kerana ku menyayangi mu
Kerinduan ini hanyalah untuk mu

Percayalah ku cinta padamu
Moga realiti bukannya mimpi

Bila resah semuanya keranamu
Kadang gundah juga kerana kamu
Tapi mungkinkah kerinduan ini
Turut jua engkau rasai





  p/s: Sedang kita bersenang-senang di waktu ini, tak dapat
        nak bayangkan penderitaan yang dialami oleh umat 
        Islam di Gaza terutamanya kanak-kanak. Hanya 
        mampu berdoa untuk mereka..



KeNaPa TaK BoLeH NaK SToP Ni?


Inilah masalah saya, 
bila start makan kuaci bunga matahari ni
memang susah nak stop.


Berhenti tidaknya bila habis satu bungkus tu.
Kalau tak, sah tak senang duduk nyer..
Beli pulak mesti yang peket besar,
bayangkan bila asyik mengerjakan benda alah ni!
tak jadi kerja buat 
tapi kalau drive long distance sambil 
bertemankan kuaci ni
sure tak sempat ngantuk.

Abang2, adik2, kakak2 sekalian, 
suka tak makan kuaci?




November 18, 2012

SeLiPaR KaWin


Haha..selipar pun kawin jugak yer?
kalau berlainan sebelah tu kita panggil selipar kawinla.
Serupa tapi tak sama.



Kepunyaan papa budak-budak ni .
Papanya baru perasan yang seliparnya lain sebelah.
Tak tahu pulak bila bertukar/tertukar dengan orang punya, 
mungkin masa gi solat hajat/tahlil rumah orang...
tapi yang lucunya dia sendiri tak ingat yang mana 
satu dia punya (big grin),
yang belah kiri ke kanan dahla brand 
dan saiz sama...pakai sauk jer. 
Mira kata" hahaha! papa sokmo tak ingat!''

Moral of the story: 
Barang kepunyaan kita kena cam dan perhati betul-betul.



November 13, 2012

OrKiD DuLu

Assalamualaikum..

Ingat tak lagi kisah pokok orkid saya yang dibaham kambing durjana dulu? Ye...yang daunnya habis rongak tuu.. Berkat kesabaran ( nasib baik saya tak gi humban pokok2 tu kat rumah tuan kambing  hari tu) , pokok-pokok itu masih dapat diselamatkan. Cuba tengok ni...


nampak tak daun bekas kena ragut ?

       dah tumbuh pokok baru..
.
.
Yang buat saya gembira bila salah satu pokok orkid tu berbunga 
kembali minggu lepas. Gambar ni diambil pagi Jumaat 
selepas hujan sebelum saya 
ke kelas tambahan tingkatan 4 saya .


kelopak orkid putih ni.


ok..lepas belek-belek orkid ni, nampak tak 
ketenangan tergambar 
di wajah kita ni? :)

v

v

v

v

v

v



yup! bunga juga merupakan salah satu terapi minda...

Happy holiday!



November 11, 2012

SaPe Ni?

Paling tak suka bila dapat panggilan dari nombor yang tak dikenali,
bila kita jawab "hello" dan orang tu tanya " sape ni?" dengan nada yg tinggi.
Mulalah suara kita pun tiba-tiba rasa nak 'meninggi' juga.
Lantas jawapannya ialah" nak cakap dengan sape?"
Tak pun saya akan putuskan talian.

Tak boleh ke berhemah sedikit kalau menelefon? lainlah kalau orang 
di hujung talian tu ialah orang yg kita kenal atau dah biasa sangat.
Tak gitu?




November 10, 2012

JaMuaN DaN MaKaN

Akhir tahun sinonim dengan jamuan.. pendek kata makan dan makan memanjang! kalau di sekolah macam2 unit mengadakan jamuan. Dalam seminggu setiap hari makan free.

Sesi jamu mata ya...


Jamuan Kelab Guru dan kakitangan


Menunya: telur bungkus,siakap 3 rasa, ayam popcorn,tom yam, 
udang masam manis, daging black pepper, kerabu mangga, kailan goreng, asam gupal,sambal belacan ulam timun, air sirap dan oren, tembikai. Tak muat meja beb!


ayam halia
udangnya menyorok di sebalik bawang 
ulam-ulaman
ikan bakar

.........................

Apa pun lauk pauk yang dihidangkan di restoran, mengancam lagi hidangan tengahari yang saya masak hari ini. Walaupun takder ayam mahupun daging bagai. Menu utama...IKAN.
Betul tak?



ikan bakar tawar, ikan bakar garam kunyit, budu dan ulam celur

terung,bendi,petola dan tauge
pisang hasil tanaman mak
mee goreng pagi tadi

Oh ya, semua ikan yang dibakar guna dapur arang...baru real!
Sori anak yang makan ayam, hari ni no chicken dish!

Sekian..selamat menjamu selera...mata.





November 9, 2012

AnaK KuCinG LaGI

ASsalamualaikum..

Cuti sekolah dah bermula, baru boleh rehat sekejap. Baru ni betul2 sibuk dengan pelbagai program sekolah, program pelajar SPM, anak2 juga menduduki PMR dan SPM.

Dah lama tak bercerita di sini..buntu sekejap tak tau nak start dari mana..

Oklah. saya mula dengan cerita kucing..LAGI?
Ya!(yang saya jadi bidan terjun dulu) 
Ini antara anak kucing saya yang comel  tau!
sebab bulunya gebu walaupun kucing kampung, tak caya tengok sendiri..
Kawan2 mintak nak bela tapi saya sayang. Nak bela sendiri.








TAPI..... yang tinggal hanya gambar2 saja, kucingnya sudah tiada.
Kalau yang dulu umur sebulan mati dimakan kucing jantan, yang ni pulak
hilang sewaktu umurnya 2 bulan, letak kt luar sekejap jer terus hilang. beberapa hari kemudian jiran jumpa tulang dalam parit dekat belakang rumah.

Memang umur tak panjang juga. Kami dah lali dengan kucing yang 
asyik mati. Redha je laa. Tapi ibunya masih ada.

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah, blog saya ni penuh dengan
gambar2 kucing kami yang dah mati...

November 8, 2012

BeBaS SeKeJaP

Yeayyy! Semua kerja-kerja sudah beres!
Boleh kembali berblog!
Selamat bercuti kepada yg akan bercuti...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...