April 19, 2013

NaSi PaGi: IKan BaKaR PaK NaSiR

Salam Jumaat.
Pagi tadi dalam pukul10.30 saya 
ke Pengkalan Nyireh
sebab duk teringat-ingat nak makan
nasi ikan bakar ni.
Kedai Ikan Bakar Pak Nasir Pengkalan Nyireh
menjual nasi pagi berlaukkan
ikan bakar dan ayam bakar.
Tapi kalau nak makan ayam bakar
kena pergi awal pagi kalau
tak memang habis.
Biasanya pukul 12 tengahari
semua dah habis.
Saya lebih suka ikan bakar ni.
Nasi, se ekor ikan bakar saiz besar,
kuah kari ikan dan
sambal belacan ulam
timun hanya RM5.

Ikan dicicah sambal belacan yang memang pedas tahap kaw kaw tapi sedap sangat!
Kalau makan sambal ni saya order
teh o ais sebab pedasnya tak hilang
bila minum air panas atau air kosong.
Istimewanya ikan diperap dengan rempah 
ratus dan dibiarkan semalaman dalam peti ais.
Esoknya baru bakar.

Ikan ni sedap dimakan sewaktu
masih panas. Jadi direkomenkan
makan dikedai. Kalau tapau
bawa balik dah berkurang
ummmmpphnya.




10 comments:

Zura said...

tengok pun dah tau sedap...

Gee GTG said...

salam.. nampak sangat sedap!!!!(saliva saya mengalir deras..)
nak sikit..^^

monalea said...

dekat mana ye ni kak?

Miss N™ said...

sedapnyaaa..!
mmg berselerakan kalau kita mkn simple2 mcm ni.. :)

Amie said...

RM5.. kira berbaloi sangat tu! Memang nampak sedapnya!

kasihredha said...

Uwaaaaa nak balik besutttt
Nok make ike bakar kale nyireh

Bunda_nora said...

bunda selalu gi makan ikan bakar kat medan selera bandar tun razak..

Mia Kassim said...

Terliurnya tengo....murah harganya kan....

dilabangiWORLD said...

Look nyummy......

ellynadyra said...

Tgk pun nampak sedap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...