Assalamualaikum..
Kelmarin dia bersama-sama calon SPM 2013
tekun menjawab soalan B.Melayu
di hari pertama Peperiksaan SPM 2013.
Kerana kesihatan yang tidak mengizinkan,
dia terpaksa menduduki peperiksaan di hospital.
Namun untuk hari kedua, kertas B.Inggeris tidak dapat di jawabnya...bukan
kerana dia tidak tahu tapi kerana dia terlebih
dahulu dipanggil Ilahi..semalam.
Pagi tadi kami dikejutkan oleh
berita anak kawan saya yang sama mengajar
di sekolah lama telah meninggal dunia.
Mengimbas kisah semalam, ibunya menceritakan
anak perempuannya yang mengidap penyakit
buah pinggang sedang mengulangkaji untuk
subjek B.Inggeris, tiba-tiba diserang asma dan
terpaksa diberi bantuan alat pernafasan.
Sewaktu ibunya memangku kepalanya, si anak
masih boleh bercakap.
Dia meminta maaf dari ibunya dan berkata
"SELAMAT TINGGAL UMMI"..
Selepas itu dia tersenyum dan terus
terkulai.
Si ibu membisikkan kalimah syahadah
di telinganya dan kemudian
doktor mengesahkan yang dia telah tiada.
Sebak mendengar kisahnya..
Semoga arwah dicucuri rahmat dan
ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.
Buat ibunya...semoga tabah menghadapi ujianNya..tahun ini sahaja si ibu
telah kehilangan 3 orang tersayang,
suami,ibu dan anak ini.
Al Fatihah..
7 comments:
Al-fatihah...
sedihnya...moga si ibu tabah hadapi semuanya....
Al fatihah..
sudah ketentuanNya, moga si ibu tabah..
Al fatihah.
takziah kepada ummi tu...
sedihnya, sampai ke akhir hayat sedia berjuang kan?
al-fatihah, seriously sedih,
innalillah...
innalillah, dan alfatihah utk kesemuanya, semoga mereka ditempatkan di kalangan mereka yang beriman....sedihnya saya baca, semoga kekuatan ada bersama dia sekeluarga
Post a Comment