December 10, 2014

AssaLaM....FaMiLY BeRTamBaH

Assalamualaikum.. 
Lamanya tak jenguk rumah ni..dah penuh sawang dan berhabuk..rumah sendiri bersawang..rumah jiran juga tak sempat bertandang. Mood tersentap hampir setahun gara gara kabel telekom dicuri.. (dalam setahun 3/4  kabel dicuri)

Tapi entah tiba-tiba rasa rindu pulak nak sambung tulis blog walaupun tulis cerita cerita biasa sahaja. Dah lama tiinggal macam tak retilah pulak. 

Dah hampir setahun bertapa..banyak peristiwa berlaku dan bolehla share sikit sikit di sini. Kisah family, anak anak yang makin dewasa, ada yang dah bekerja dan yang bongsu pun dah habis SPM...tiada lagi anak yang bersekolah. Semua dah masuk IPT..Semoga anak anak akan terus berjaya. Alhamdulillah. 

Pada 5/9/14 lepas, satu satunya anak lelaki saya, Bemang , telah selamat bernikah dengan pasangannya, Farah. Majlis kecil kecilan diadakan di Kota Bharu dihadiri keluarga terdekat . Majlis kenduri insyaallah tahun depan.




Alhamdulillah..majlis berjalan lancar. Seronoknya family kita dah bertambah! 

6 comments:

Ayuni said...

tahniah, selalu dtg cni tp post x berganjak...

Unknown said...

Tahniah, ya Allah seronoknya anak2 dah besar, berjaya dan ada kehidupan sendiri,... anak2 sy plak baru memulakan hidup br 8 th, entah mcm mana nasib mereka, takut dengan dunia sekarang ni...

ieda Qema said...

Salam akak! Kita pon dah tawen cuti tgh tahun haritu.. ohmai.. malu sesangat sebab lupe nak jemput akak... hehehe... tiba2 cuti2 ni mood nak update blog sampai pulak.. hehehe... rinduuuuunyyeeee... hehehehe

ewanthology said...

semoga bahagia dunia dan akhirat

ellynadyra said...

tu la tu
mai2 sini je post baru tetap tak de
tetiba dia ngomen kat blog kita

lama betul tak de
tahniah dpt menantu
comelnya anak dara tu
simple tapi cantik

jgn hilang lagi ye
keep in touch!

monalea said...

Rindunya kat akak. suka sgt2 bila akak dah update blog. selamat menerima menantu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...