July 2, 2011

KiSaH MiSTeRi, KiSaH BeNaR

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya percaya kita selalu dengar dan baca kisah2 pelik, aneh atau misteri yang terjadi kepada individu yang tertentu. Selalunya kisah2 ini berkaitan dengan jin, syaitan atau orang bunian.  Seringkali juga bila kejadian2 seperti ini berlaku, ada antara kita yang tertanya2, betul ke terjadi atau hanya rekaan semata2. Wallahuallam..hanya mereka yang mengalaminya sahaja yang tahu. 

Namun kisah misteri ini benar2 terjadi kepada salah seorang keluarga terdekat  saya dan kalau tak nak percaya, sila percaya...Kisah benar tau! Kisahnya begini..

Seorang ahli keluarga saya menjalankan bisnes buat kuih secara besar2an.. Setiap hari selepas menghantar kuih ke kedai2 dan kantin yang sepatutnya dihantar, mereka suami isteri akan ke ladang getah untuk menoreh getah mereka di hujung kampung di tepi hutan.

Pada suatu hari hari si isteri telah datang bulan tapi datang bulan kali ini bukan macam biasa, macam turun darah dan percaya tak, keadaan ini berlarutan sehingga sebulan setengah. Keadaan yang tak menyelesakan ini menyebabkan biras saya tak der mood nak buat kuih. Dah habis klinik dan hospital mereka pergi namun tiada perubahan yang berlaku. Kebetulan ada seorang sepupu yang memang biasa mengubat orang yang sakit pelik atau lebih dikenali sebagai bomoh. Setelah pergi berjumpa dengan sepupu kami, dia menyarankan supaya biras saya tumbuk ibu kunyit dan minum air tersebut. Sekiranya keadaan tak berubah, dia menyuruh mereka datang berjumpanya semula.

Setelah air kunyit diminum, keadaan tetap sama, masih turun darah, berketul2..merah hidup! Lalu mereka pergi sekali lagi ke rumahnya. Kali ini dia bertanya kepada biras saya, selain menoreh getah, apa lagi yang biras saya buat kat situ. Tanpa berselindung, dia menceritakan yang suatu hari, dia sakit perut lantas membuang air besar dekat batang pokok yang tumbang berhampiran dengan busut di situ.

Sepupu (bomoh) pun beri beberapa biji limau dan meminta biras saya pulang kerumah dan mandi air limau tersebut. Selebihnya, hampas limau ditabur di tempat dia buang air besar di kebun getah itu. Pagi esoknya biras saya mandi limau dan selepas itu ke kebun getah dan buat seperti yang disarankan sepupunya.

Selepas pulang ke rumah, tak berapa lama kemudian (pada hari itu juga) darah yang sebulan setengah keluar tanpa henti terus kering.  Alhamdulillah, sehingga hari ini, dia sihat walafiat.  Sebab itulah orang2 tua selalu berpesan kalau kita ke hutan atau ke tempat2 begini, kita kena selalu beringat, jangan buat perkara yang pelik2 atau jaga mulut..jangan celupar. Begitulah kisahnya..

12 comments:

Siti Safiyyah said...

erkkk.. menakutkan. teringat dulu masa kene camping kat tasik bera, pahang. mula2 sampai sume pesan, mulut tu jaga2.


p/s: dah bace eh? wahh ciknor pon dah reti buat pantun balas ek? hehe ^__^

whitecappuccino said...

@Siti: a'ah..baru jer dorang ceritak kat kami.
yer siti..hehe belajar dr siti la tu! :)

kiz said...

kata kata tu sentiasa jadi pegangan kaki pancing macam saya kak..jaga mulut @ kata kata

KM7 said...

bagus cerita ni...buat pengajaran kepada semua.

whitecappuccino said...

@Kiz:Saya percaya..kaki pncing juga ya Kiz?

Shafiq said...

Boleh dibuat sebagai pengajaran..

SITI ARFAH said...

Em kejadian spt ni mmg sy pernah dgr berlaku sblum ni, dan kita mmg xboleh buat sesuka hati dlm hutan . Dlm hutan tu mcm2 makhluk ada yg kta npk @ pn xnpk. So waspada selalu. :)

Unknown said...

hutan tu kan tempat diorang.nak buat sesuatu kena mintak izin dulu

Kalamhati said...

memang kena beringat benda2 gini..nak cakap tak bleh percaya..kdg2 memang kena percaya..makhluk Allah yg kita tk nampak dgn mata kasar ada di mana2..

maybe kita terkacau tempat tinggal dorang..jd kena ikhtiar dgn cara yg dibenarkan Allah..asal jgn kita pegi kepada bomoh yg tah apa2 je

Amie said...

Assalam,
sebenarnya banyak perkara ghaib yang kita tak tahu, apa pun memang pesanan org tua2 berkaitan perkara2 tersebut ada benarnya...

azwa amani said...

Allah.. takutnya, teringat arwah mak yang tumpah darah sebab buatan org, minta dilindungi Allah kita semua

padlie said...

Kita kena ingat ada makhluk ghaib lain di keliling kita.. kena hati-hati sokmo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...