Assalamualaikum..
dah dua hari tak update blog..
banyak sangat things going on at school..
macam2 majlis yang akan berlangsung,
bermakna persiapan pun macam2 jugak..
minggu ni dan minggu depan penuh dengan majlis.
Sebenarnya ada perkara lain yang nak dikongsi di sini.
Terlebih dahulu saya mohon maaf kalau entri ini akan buat
sesiapa teremosi..bukan nak memihak kepada sesiapa,
tapi mungkin ada sesuatu yang boleh dijadikan renungan bersama.
Alkisah seorang rakan saya tiba2 demam panas beberapa hari sebelum cuti sekolah baru2 ini. Setelah dia kembali bertugas 3 hari selepas sekolah dibuka semula, barulah kami tahu apa yang sebenarnya terjadi kepadanya. Rupa2nya dia telah dijangkiti kayap di paha. Pada mulanya dia sendiri tidak tahu yang dia dijangkiti kayap selepas beberapa hari demam. Dia ke klinik kesihatan kerajaan dan setelah disapu ubat, keadaannnya bertambah teruk. Rupanya dia telah diberi ubat yang salah. Kayapnya tambah sakit dan bernanah.
Dek kerana kesakitan yang tak tertanggung, kawan saya pun bergegas ke Unit Rawatan Kecemasan hospital daerah pada pukul 4 pagi bersama adiknya yang baru sampai dari Keluang Johor pada pukul 2 pagi. Emaknya juga berada di wad di hospital lain.
Sewaktu proses rawatan dijalankan, kawan saya menangis sebab sakit sangat2. Katanya bahagian yang bernanah, terkopak kulit dan berdarah kerana doktor membersihkannya dengan kasar..wallahuallam. Sambil tu doktor bertanya kepadanya,
"Kenapa datang masa ni (pukul 4 pagi)"?
"Awak, tak boleh tunggu pukul 8 pagi esok ke? "
Kawan saya yang lembut ni diam saja menahan kesakitan,
namun adiknya yang kepenatan baru sampai dari jauh tu terus berkata,
"Doktor tak payah banyak tanya la, doktor buat jer kerja doktor tu,
saya pun government servant jugak!"
Doktor tu lantas diam sambil meneruskan tugasnya.
Selepas beberapa ketika, doktor bertanya kepada adik kawan saya,
"Awak kerja apa?"
Dia jawab,
"Saya Pegawai Penyelidik Mardi, government servant macam doktor jugak."
Doktor diam tak berkata apa2.
Kawan saya dimasukkan ke wad di situ selama dua malam tapi keadaan dia bertambah serius dan terpaksa dirujuk ke HUSM (dihantar dengan ambulan) dan sekali lagi ditahan di wad selama lima hari untuk rawatan insulin 5 kali sehari. Oh ya, kawan saya dan adiknya, perempuan.