December 24, 2012

HuJaN LeBaT, KoTa BHaRu Dan BanJiR

Dua hari memerap di rumah sebab hari-hari
hujan lebat . Walaupun hujan saya suka, tak
panas. Kemarin dulu air sungai on the way
rumah mak dah nak penuh tapi berikutan
hujan lebat semalam dan tadi jalan dah
tak boleh dilalui. Namun banyak tempat
lain dah banjir.


 sungai yang hampir penuh.

Kemarin kami ke Kota Bharu. Saja nak gi
main boling dan jalan-jalan. Namun perjalanan 
yang biasanya mengambil masa 1 jam ke sana 
menjadi 3 jam gara2 jalan terlalu sesak
dengan kenderaan dan hujan lebat. Lama
betul duk dalam kereta untuk sampai KB Mall.

Tambah teruk lagi bila parking bawah penuh sebab 
parking top floor ditutup untuk kerja2 renovation 
ke apa. Maka terpaksala parking di luar bangunan 
di tempat yang becak.  Berlari kami meredah hujan 
nak masuk KB Mall. 

Lepas main boling 2 game, budak2 nak makan pizza.
Walaupun korang dah tak heran tengok gambar pizza
ni, tak kira, nak tayang juga!





      yang ni sedap!


Sepanjang perjalanan balik dari KB pun
hujan sampai rumah.  Pukul 11.30 pm sampai.

Malam tadi pulak hujan lebat berserta angin
kencang sampai terbalik pasu bunga besar 
depan rumah. Pokok orkid atas pagar juga
jatuh, patah ranting bunga yang baru nak
kembang.

Petang tadi pegi tengok air tepi alur belakang
rumah yang dah melimpah ke jalan.
Anak2 3 beradik ni sempat berposing dengan
payung masing2. Nampak air di belakang
mereka tu?


Jalan kecil belakang rumah
 
















Sekejap sahaja sesi bergambar sebab hujan 
lebat turun lagi. Berpayung pun basah juga belakang.*Betapa besarnya kuasa air, siapa yang menciptanya                                    sudah tentu lagi besar dan hebat kan? 

13 comments:

ewanthology said...

musim banjir ni...hati hati

Carl Lesmana said...

kak ya balik buleh main air banjir la hihihi

kasihredha said...

Missssss Sgt suasana mace ni..
Dah lamo tak main boh...berpayung tgok air naik suatu waktu dulu...mmmm...nostalgia.
Pastu sejuk2 rebuh ubi...make apo pun sedap musim huje lagu ni...sejukkkkkk...besttt.

Miss N™ said...

air walaupun nampak tenang jeee..tapi kalu dia mengganas..habis semua...

kuasa DIA...

psst..pizza tuuuu....

wakgelas said...

wahh takutnyer hujan pastu banjir.. sbb wak nk gi antar anak dara wak kat pasir mas tuuu arini yee

Unknown said...

sekarang boleh kata setiap hari hujan kan...rasanya bahagian pantai timur yang paling teruk terjejas kan kak..?

kurus said...

hurmm mana2 di pantai timur skrg ujan kak .. di ktn lagi lah ..

tapi sesekali layan seronok gak .. sbb banjir bukan selalu ..

wahhh sedapnyee menu pizza tuu .. ujan2 nie ashik lapoor aje kak ;)

Amie said...

Bahaya air memang tak siapa boleh sangkal... teringat tsunami, ya Allah!
Pizaa...mmmmm anak2 cukup suka!

Nur-nba said...

Musim banjir sekarang ni..

Makanan tu nampak sedap sangat!

Hazmin Hamudin said...

Hati-hati ye.. jangan main banjir pulak... Membahayakan kesihatan..

Unknown said...

Banjir sana sini harap2 semua ok

Zura said...

sedaknyoh meatball tuh !!

sal ya said...

kat kampung memang selalu jugak banjir. tapi dua tahun ni tak ada banjir besar pun. alhamdulillah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...