Perasan tak entri saya banyak bergambar?
sebabnya keyboard lappy saya banyak huruf yang
dah tak berfungsi bila taip/tekan huruf tak lekat.
Tak boleh nak menaip.
Saya terpaksa guna on-screen keyboard maknanya
kena klik huruf satu-satu, jenuh juga jari ni nak
siapkan satu entri. Makanya tu yang entri saya
ringkas. Tak larat mengklik setiap huruf untuk
entri yang panjang. Gitulah kisahnyaa.
Oklah! jom kita pi tengok buah manggis
kat belakang rumah saya.
Sebenarnya terlupa yang buah manggis dah
banyak yang masak hinggakan banyak buah
yang gugur terbiar. Tadi kami teringatkan
buah yang masak dah hitam atas pokok lalu
ambil galah kait mana yang boleh kait.
Yang dalam gambar atas dan bawah ni, buahnya
boleh dipetik dengan jari jer sebab dahannya
rendah. Kena selak daun2 baru nampak buahnya.
hitam hitam si tampuk manggis,
luarnya hitam dalamnya manis tau!
salah satu pokok yang berbuah lebat
buah dah kering tak dikutip
hasil yang dikait tadi, yang di dahan
rendah saja, yang tinggi kena panjat.
Inilah isinyaaa
Jom makan!
10 comments:
bestnyo :) pokok mana ni? ai laptop nak hop baru tuh =)
manggis?? saya suka manggis, kat rumah saya pun ada gak pokok manggis dan saya suka makan manggis.
amacam? macam karangan budak darjah satu kan? hahaha..
eee bestnye !! da lame tak panjat pokok manggis.. sebab da anak dara ayu skang.. hehehe...
hitam,hitam kulitnya hitam..
putih,putih isinya putih...
ahahaha!! :P
isi buah yg paling cantik..manggis..manggis sedap tapi tak boleh dimakan byk2.. kulitnya boleh dibuat ubat..
my favorite fruit..
sedapnya manggisss..!!
syaangnya terbiar jeeee...
pos nur sikitt...hihihih
sy menangis sbb diperkotakkatikkan dlm meeting.sbb saya junior yg selected sbg panel antara senior yg lagi hebat. pjg lg ayat dia. tp tulis yg tu je..
sedap! Nape biar jatuh je, sayang la plak, aku masa kecik2 suka betul panjat pokok manggis!
pg td baru je mkn manggis. bestnya!
kalau masa kecik2, selalu la panjat pokok manggis ni.
Post a Comment