Lusa Cuti Hari Pekerja..seronokkan dapat cuti extra ni,
maklumla bila dah kerja terasa nikmatnya bila dapat cuti
walau hanya sehari.
Tengahari tadi saya sempat menonton
"Oprah Winfrey Show"
yang mengisahkan boss atau orang tertinggi
dalam sesebuah syarikat besar /gergasi seperti CEO
(CEO of 7-Eleven, CEO of Waste Management Company)
menyamar jadi pekerja biasa dan turut sama membuat
kerja2 seperti mengutip sampah dan mengemop lantai
untuk melihat dan mengetahui
keadaan sebenar bagaimana pekerja bawahan bekerja serta
menyelidik masalah2 yang dihadapi oleh mereka.
Penyamaran selama seminggu telah memberikan
gambaran dan input yang amat berguna kepada mereka
kerana mereka dapat melihat sendiri bagaimana
pekerja bawahan mereka ini begitu gigih bekerja demi
memajukan syarikat mereka.
Apa yang lebih membuat mereka terharu dan kagum ialah ada antara
pekerja mereka yang mempunyai semangat yang tinggi
dalam menjalankan tanggungjawab mereka walaupun
mereka mengidap penyakit kronik.
Hasil dari penyamaran tersebut, boss2 ini telah mengambil langkah
yang positif ke arah penambahbaikan mutu perkhidmatan syarikat
dan kebajikan pekerja bawahan mereka.
Ganjaran yang tertentu seperti kenaikan pangkat juga diberikan
kepada pekerja yang benar2 berwibawa sebagai menghargai
usaha gigih mereka.
Rasanya ada tak CEO atau big2 boss korporat kat tempat kita
sanggup turun padang buat macam ni?
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Sambil layan tv tadi saya sempat
masuk dapur menyediakan hidangan berikut..
almaklumlah, hari kerja asyik2 beli lauk siap, balik masak nasi,
tak pun tergolek ikan goreng ajer sebagai lauk.
layannnnzzz!
|
Nasi Goreng |
Jemput2 Ikan Bilis tengah digoreng
Close-up jemput2 hehe
Mood rajin sekejap selepas beberapa hari penat
dan sakit kepala dek cuaca yang panas..
Ok!!