Assalamualaikum dan Salam sejahtera..
Saya andaikan di waktu ini ramai di kalangan kita yang sedang sibuk
membuat persiapan untuk hari raya yang bakal tiba tak lama lagi.
Namun satu perkara yang perlu kita ingat ialah dalam kita ghairah
berbelanja untuk persiapan tersebut, kita harus juga memikirkan dan
mempertimbangkan keutamaan kita agar lepas raya nanti
kita tak pening kepala..
Oleh itu, berbelanja biarlah berhemah..!
SeLoKa BeRBeLaNJa
Kau mahu
dan kau mampu
tapi tak perlu
....: sabarlah dulu
kau mahu
tapi tak mampu
dan tak perlu
...: biarlah di situ
kau mahu
tapi tak mampu
tapi kau perlu
...: lakukanlah sesuatu
kau mahu
dan kau mampu
dan kau perlu
...: dapatkanlah satu
kau tak mahu
tapi kau mampu
dan kau perlu
...: jangan ragu-ragu
kau tak mahu
dan tak mampu
tapi kau perlu
...: mintalah dibantu
kau tak mahu
tapi kau mampu
tapi tak perlu
....: tutuplah saku
kau tak mahu
dan tak mampu
dan tak perlu
...: nafsu pun buat tak tahu
mahu, mampu dan perlu
yang menimbangnya ialah keutamaan
dahulukan mana yang lebih utama.
Sumber: "Anis Mei 2002" (Zuraimi Ismail)
13 comments:
sye nk beli brg wat balik kampus, yg raye x wat aper2 pun...report prac pun on the way....
betul tu...hihihi
belanja bila perlu
jgn sampai kosong saku
lepas raya nongkat dagu....
wah! suka baca seloka nii.. best2..
btw, mood shopping x mai lagi.. fasa ke-3 posa nanti baru mood shopping mai kowt.. HAHA
MySuaraBlog: Kurangkan Makan Nasi
bestnya seloka ni.. kata2nya menarik, maksudnya pun mendalam..
seloka yang sedap dan menarik..:-)
seloka yg best! ada maksud tersirat betul tu perlu bijak membeli jgn ikut nafsu...
berbelanja ikut kemampuan.
Dalam maksud tu..tembak dalam lembut..hehe
saya pun sedang berjimat nie...kalau tak jimat, lepas raya dah tak ada budgetlah gamaknya...
hehe, betul sekaliiii, nice seloka,:)
nice la kak....akk ni mcm guru bahasa kan. apa2 pun....buat mana ayng perlu je..
sebab tu nak bersopping kene buat list tengok budget n kawal nafsu.. ciih pandai je akak cakap.. padahal 2 x 5.. lagi2 nak dapat bonus senin ni, rabu cuti nuzul Q.. so panjang aa langkah kan??
jom folo akak ye...
yg selalu jadi
aku mahu,
aku mampu,
aku perlu,
dapat satu..
seminggu pastu,
baru tau tak perlu,
membazir disitu..
Post a Comment