Assalamualaikum!
Ramadan yang ke 3 baru berkesempatan mengupdate blog yang dah lama ditinggalkan...
Kali ni saya nak berkongsi kisah lucu kanak2 yang masih di sekolah rendah tetapi sudah datang haid atau period. Kisah ini diceritakan oleh kawan baru2 ini.
KISAH PERTAMA
Pada suatu hari, anak kawan saya yang berada di Tahun Lima dan baru pertama kali period pada bulan lepas kelihatan risau dan gelisah. Lantas dia pun mendapatkan uminya.
Anak : Umi, adik nak tanya umi boleh tak?
Umi : Apa dia?
Anak : Adik risau la kenapa adik tak period lagi ni..
Umi : Kenapa?
Anak : Ni dah lewat, bulan lepas masa ni dah period.
Umi : Laa..kenapa pulak risau? Biasa la tu.
Anak : Adik risau laa..kawan adik kat sekolah cakap,
kalau lewat period,mengandung!
Umi : Laa ?????
(Uminya pun menjelaskan pada dia apa yang patut)
KISAH KE DUA
Anak kawan saya ni diberitahu ibunya bahawa kalau dah period tak boleh duduk dengan lelaki. Jadi, pada satu petang si anak sedang bercerita tentang masalahnya kepada kawannya.
Anak : Macamana ni?? aku nak lari kat mana ya?
Kawan : Kenapa pulak kau nak lari?
Anak : Mak aku kena pergi kursus.
Kawan : Dah tu, apa halnya kau nak lari kalau mak kau pegi kursus?
Anak : Bila mak aku pegi kursus, tinggal ayah aku dan
adik beradik lelaki aku kat rumah.
Kawan : Kau tinggal je la dengan ayah dan adik beradik kau...
kenapa nak lari??
Anak : Mak aku cakap kalau dah period tak boleh duduk
dengan lelaki, aku mana ada adik beradik pompuan,
bila mak aku tak de, aku kena lari duk kat lain la..
Kawan : ?????
Hehehe...
9 comments:
awalan proses, banyak yang mereka tak faham :-)
hahaahah!!! ni kena ajar betul2 ni...cikgu Biologi!!!...sila sahut cabaran.hehehe
Kdg2 kita masih lagi terikat dgn adat2 lama yg menybbkan ank2 prmpuan ini agak keliru...
Tapi yang menghairankan saya ialah kenapa bdk prmpuan skrang agak cepat dtg bulan? walhal zaman saya dulu, rata2nya dtg bulan masa form 1...
budak2 mmg salu lurus.. kena ajar sampai abes!
haha..budak2..biase la 2...
comel aje kisah tu.. budak2 ni kita kena bagi pemahaman yg betul kan agar tak tersalah faham.. kita pun dulu2 mcm tu juga.. he..he..
Salam ramadhan kak.. selamat berpuasa buat akak sekeluarga..
hehehe...banyak lagi yang diaorang kena belajar. :-) Kaum ibu kena main peranan. Kan?
mereka perlukan tunjuk ajar sebenarnya.takut salah faham nanti
parent la kna ajar smua tu yer...
Post a Comment