May 20, 2012

KiSaH HuJan RiBuT DaN AnaK2

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Petang Khamis lepas saya ke pasar malam dengan anak bongsu Rina a.k.a Adik..masa tu langit dah nampak hitam..sampai je pasar malam hujan dah rintik2. .Sebaik sahaja selesai beli barang yg dikehendaki, ribut kuat dan hujan lebat mencurah2. Nasib baik ada kanopi besar boleh la kami berteduh..tapi kebanyakan kanopi semakin rendah di hentam ribut..Penjual pulak terpaksa pegang tiang kanopi takut tercabut. Petir dan kilat yang amat kuat  sabung menyabung sungguh menakutkan. Kami berdiri di bawah kanopi tak bergerak2...takoooottt! 

Lama la jugak baru hujan dan ribut serta petir reda..selepas tu cuaca kembali cerah..Ada pelangi lagi!

nampak 2 bahagian  cahaya

Sekarang bila hujan seringkali berserta ribut petir yang kuat..Bila guruh berdentum rasa macam dekat sangat dengan telinga..bergegar!!

Sabtu minggu lepas 12 Mei,  kami ke K.Terenganu sebab Mira pergi interview MARA loan utnuk ke luar negara walau pun dia dah set her mind untuk ke UiTM Puncak Alam (Asasi Engineering) yang dia nak dari dulu lagi.. Tapi suruh juga dia pergi interview tersebut untuk pengalaman kan..Nak tau pengalaman  interview Mira, boleh baca MARA Interview 2012  kat blog dia..Katanya calon yang apply MARA seramai 11,000 yg dapat interview 4,000. Mereka nak pilih hanya 1000!  So yang dapat tu memang betul kaw-kaw punyalah!. Yang ambik medic dah tau result khamis lepas, yang dapat ke Jordan kawan dia yang dapat straight A+. Cuma result untuk engineering course akan keluar 1 Jun nanti . Masa tu kami dah berada di KL sebab Mira daftar UiTM 2 Jun.

Rina(adik),Mira dan Lisa.

Gambar selepas interview..si adik paling tinggi(161cm), si Mira paling kecik.
Oh ya..hari ni 20/5/2012, Rina dah 15 tahun! Happy birthday adik!!



23 comments:

ewanthology said...

bukan senang nak jumpa pelangi

pena rozie said...

Eppy Birthday gak....

Amie said...

Takutnya kalau dah hujan dengan petir kilat sabung menyabung...
Tahniah Mira, selamat berjaya...!

Lady Windsor said...

Sempat kan ambik pic pelangi tu..wish u luck mira..bonne chance!

Ayuni said...

ala, sis dtg kt KT naper x ckp, klau x bleh je jumper sye n shafiq....

sal ya said...

petang2 skg ni mmg macam tu la cuacanya. hujan siap petir guruh.

Shafiq said...

Oowhh.. anak akak ek? :-) Biasanya yang adik lebih tinggi dari kakak atau abang. :-)

Mulan said...

happy birthday adik...!!

Miss N™ said...

SubhanaALLAH...cantiknya pelangi....!

selamat ulangtahun kelahiran Rina.. :)

P/s: sori lambat BW..lepas telan ubat selsema siang tadi...terus pengsannn..!hohohoho

kurus said...

bagusnyaa bila dgr anak2 dpt masuk U kan akk ..
hurmm memang lah nak dpt mara nie bukan senang ... main tuu 11 ribu yg diterima 1 ribu aje .. adehhhh

kasihredha said...

happy birthday adik dan good luck unk kakak.
Memang sekarang kalau hujan...menakutkan.
tapi pelangi tu cantik

Farah Shamsudin said...

hepi birthday adik..:)
saya suka sangat pelangi tau..skang da susa sgt nak nmpk pelangi.

Admin said...

betul,
sekarang petir guruh sangat kuat,
nak2 lg klw malam, begegar bumi ;(

uncle gedek said...

wah... diorang ni mesti dah ada peminat ni... comel!

Reena Sidek said...

Happy belated birthday Rina... :)

Salam kenal... :D

Unknown said...

tgk pelangi tu kan...ritu masa drive kat highway,masa tu baru je habis hujan...wahhh ujung pelangi betul2 kat depan saya!sukaaa! first time tengok! :D

Ce'gu JAERA said...

hujan dan ribut yang menggelisahkan, rupa2nya ada kebahagiaan selepasnya dengan pelangi yang indah..

emarieys said...

selamat hari lahir untuk adik...cantik capture pelangi tu

Unknown said...

happy belated birthday utk Rina...;)

ellynadyra said...

cantiknya pelangi!

Abang Karu said...

happy birthday juga tuk adik :)

Pondok Usang said...

cuaca sekarang tidak menentukan... Selamat Menyambut Bulan Rejab... =)

Hanis MY said...

subhanallah cantik pelangi tu... sejuk hati tgk anak2 kak nor, pandai2 semuanya dan dah pasti mewarisi keayuan ibunya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...