April 20, 2013

KuTu, SeLePaS 13 TaHun


Sewaktu suami dirawat di wad minggu lepas, seorang nurse yang bertugas datang kepada saya dan meminta saya menandatangani satu borang. Sebaik selesai menulis nama saya, dia berkata..
"Betul laa..kemarin lagi nak tanya tapi takut salah orang. Hari ni nekad nak juga tanya."
(dalam hati, sah, ni mesti ex student!)

"Teacher, teacher tak ingat saya ke?"
Saya mengamati dia, "Sapa ya? Maaf teacher tak cam".
Dia sebut namanya.
Laaa..ingat! ingat! patutla tak cam, dulu kurus sekarang dah berisi, sama juga dengan teachernya hehe. Lantas kami berpelukan.
Rupanya dia bekas pelajar  saya tingkatan 5  tahun 2000 di sekolah lama. Dah 13 tahun berlalu. Umur 30 tahun. Anak dah 2 orang. 

Tiba-tiba matanya merah, sebak.
"Teacher tau tak, dah lama saya cari teacher?
"Kenapa?" tanya saya lagi.
"Saya ada hutang dengan teacher. Teacher ingat tak kita main kutu? 

(Masa mereka tingkatan 5 mereka ajak saya main kutu, saja suka2. Saya ikut je. Kebetulan turn saya dapat akhir sekali....november. Tetapi ditakdirkan pada 22/11/2000 sewaktu mereka tengah menduduki SPM, banjir besar melanda.  Air di tingkat bawah setinggi 7-8 kaki. Habis semua hanyut).

"Sebab banjir tu habis buku catatan kutu hanyut tah kemana. Saya tanya kawan2 kalau saya boleh contact teacher tapi gagal."

"Ooo..ok, tak apalah, nanti ada duit contact teacher." Kami bertukar nombor telefon. 
"Legaa dah jumpa teacher" Katanya lagi.

Sebenarnya saya dah lupa berapa jumlah sebenar duit kutu tu, tapi beratus-ratus jugak la. Kalau kurang dari RM100 saya halalkan saja.
Hmmm..13 tahun dia mencari saya..




17 comments:

Gee GTG said...

wah...
sangat bagus tu..
susah nak cari orang sejujur tu..^^

Cik Nur™ said...

YaAllah....
akhirnya ketemu jugakkk...

13 tahun tuu....

the malay male said...

kutu punya pasal, 13 tahun tak tenteram hidupnya yaaa.. hurmmm

NoorVictory said...

Allah.. Jujurnya. Huhuhu

Meremang bulu roma saya baca. Huhu

Bestnya jumpa anak murid lepas 13 tahun. :)

Carl Lesmana said...

ngeh3 "KUTU" . hahahaha. ingatkan in 2012 je, rupanya dah lama ye . hihi

m.u.l.a.n said...

moga murah rezeki semua..

Papa Mifz said...

nanti dapat duit kutu boleh belanja PM yer teacher...hehe

Rapunzeel Cikilolo said...

rezeki terpijak!

kasihredha said...

Mulaw baco tajuk ingat kae kutu kepala....hihi
Jujur...Bagus2

BUNDA a.k.a KN said...

tulah untung jd cikgu ni..sampai bile pun diingat..untung juga dpt murid yg jujur mcm tu..tahniah teacher..

Ema Blog said...

Alhamdulillah..Allah dah ketemukan..

wahida said...

hutang wajib dibayar...

Alhamdulillah sempat bertemu walau dah 13 tahun berlalu...

harap semuanya dipermudahkan...amin...

Daddy Ziyyad said...

Allah itu Maha Berkuasa kan....dipermudahkan urusan hambaNya yg mmg dah berniat nak bayar hutang..maka dipertemukan semula...Alhamdullilah...;)

elly nadyra said...

Alhamdulillah ada lg insan jujur cam ni

anak ayah said...

semoga bumi ni akan dipenuhi oleh insan2 sejujur ini =')

MystoryPic said...

Rezeki tu... kalau dah dijanjikan rezeki itu hak kita... memang selama mana sejauh mana pun ia tetap datang pada kita

Run Away said...

Alhamdulilah.. Susan nak cari insan yg jujur..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...