August 9, 2011

I'm SoRRy CiKGu

Assalamualaikum..
Hari ni saya ingin berkongsi  hasil  nukilan pelajar  saya
untuk guru mereka..


Cikgu sibuk ke sekolah,
Kami sibuk nak ponteng,
Cikgu sibuk nak mengajar,
Kami sibuk buat kerja lain.


Cikgu sibuk menulis,
Kami sibuk bergurau,
Cikgu asyik beri penjelasan,
Kami semua sibuk berbual.


Cikgu pandang sama kami,
Kami sengih sama cikgu,
Cikgu senyum sama kami,
Kami semua buat tak tahu.


Cikgu suruh buat nota,
Kami semua buat tak tahu,
Cikgu cakap buat homework,
Kami ketawa lucu.


Cikgu marah sama kami,
Kami ketawa mendengarnya,
Huahahaha!!
Kami buat suka-suka.


Cikgu ambil rotan panjang,
Kami buka doa panjang,
Zup!! Cikgu rotan, 
Adoi! sakitnya!


Cikgu semua pergi mesyuarat,
Kami suka sampai terlompat-lompat,
Cikgu cakap nak buat spot-check,
Kami takut sampai terkencing.


Cikgu cakap ada exam,
Kami sibuk buka buku,
Bila time jawab periksa,
Kami semua buat peta.


Bila dapat result, 
Cukup-cukup makan,
Kami mohon ampun dan maaf,
Cikgu berkatilah kami..


***Nukilan Pelajar***



9 comments:

Ayuni said...

hikhik, biler dh masuk u, br ingt jasa cikgu....thank you cikgu Misarra, my PJK teacher...

nursuriani said...

HAHAHA hurm...bila dah jadi cikgu skg ney baru rasa apa yang cikgu rasa dulu huhuhuu

Hanis Azla said...

nukilan yg baik dan penuh ikhlas ni kan kak..

Shafiq said...

hehehe..sebijik macam pengalaman saya sebagai anak murid.. Terima kasih cikgu! :-)

Unknown said...

iklas tu garapan bdk2 ni haa...

ZWAN SABRI said...

haha.. tetiba tringat plak zaman sekolah rindu.. rindulah sama cikgu2.. HUHU

MySuaraBlog: Bergosip Di Bulan Ramadhan

norh said...

he he...saya tak nakal dulu2..

Kalamhati said...

hehe tau pun sebenarnya salah masing2 kan..hihi ni memang ikhlas mengaku ni

Ce'gu JAERA said...

woww.. percubaan yang terbaik drp seorang pelajar... tahniah.. sungguh mendalam maksudnya kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...