Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semoga semua sihat2 hendaknya..
Rasanya sebilangan pelajar2 zaman sekarang amat bertuah menjadi pelajar,
terutama pelajar yang belajar di sekolah seperti sekolah saya (sekolah lain tak tahu lah). Kebanyakan pelajar datang dari kawasan kampung yang rata-ratanya ibubapa bekerja sebagai petani dan penoreh getah.
Mengapa mereka bertuah?
Sebabnya pelajar di sekolah saya bergantung sepenuhnya kepada guru. Guru yang sentiasa membimbing mereka siang dan malam, bak kata orang, sentiasa disuap, dan kalau boleh kita yang kena kunyah untuk mereka barulah ditelan. Kalau tiada guru, mereka tak belajar,
Sebab itulah untuk mencapai kecemerlangan (bagi sekolah saya) kami terpaksa mengadakan kelas tambahan petang, malam dan hujung minggu termasuk juga sewaktu cuti sekolah. Boleh dikatakan hampir setiap minggu ada sahaja program untuk mereka. Bermakna guru yang sama juga yang terlibat untuk setiap program atau kelas. Walaupun kehadiran memang tidak penuh terutamanya kelas ke 4 dan seterusnya tapi terpaksa juga diteruskan kalau tidak mereka tidak akan belajar sendiri di rumah.
Bukan ingin berbangga atau mendabik dada tapi bila mereka berjaya, kejayaan mereka juga merupakan hasil penat lelah guru2 yang sentiasa bersama mereka, yang kadang2 terpaksa meninggalkan rumah pada hujung minggu untuk berada di sekolah bersama pelajar.
Bagi pelajar kelas sains atau mereka yang berpotensi mendapat straight A's dalam SPM selalunya mereka dijaga seperti menatang minyak yang penuh, bila dapat berada di ranking top 10 untuk setiap kali peperiksaan, ada saja habuan untuk mereka (sebagai galakan). Biasanya akhir2 tahun atau menjelang peperiksaan, mereka akan di bawa atau dijamu di hotel2 tertentu sebagai imbuhan untuk kejayaan mereka. Kerana harapan kami merekalah juga yang akan mengharumkan nama sekolah bila keputusan SPM diumumkan kelak.
Semalam, saya juga terlibat dalam program untuk pelajar target straight A's seramai 7 orang yang ditempatkan di sebuah resort selama 3H2M dari Khamis hingga Sabtu kelmarin. Mereka di ajar khas oleh guru2 subjek tertentu
( physics, Biology, Add Maths dan English) dari pagi hingga ke tengah malam selama 3 hari 2 malam tersebut. Penginapan, makan dan segalanya ditanggung oleh pihak sekolah...mewah tau!
( physics, Biology, Add Maths dan English) dari pagi hingga ke tengah malam selama 3 hari 2 malam tersebut. Penginapan, makan dan segalanya ditanggung oleh pihak sekolah...mewah tau!
Pemandangan di hadapan bilik tempat mereka belajar di resort . Boleh berkayak di sini.
hujan renyai-renyai di waktu pagi.
pelajar yang terlibat..semua perempuan :)
Diharapkan agar segala penat lelah semua yang terlibat akan membuahkan hasil yang lumayan.
Hujung minggu ni mereka (pelajar Top 10 SPM dan PMR) akan ke Tasik Kenyir pulak.
11 comments:
masa saya dulu buat kerja sekolah pakai pelita je..masa tu belum ada bekalan elektrik lagi sebab kawasan baru buka..FELDA
mereka semua mmg sgt bertuah.. apatah lagi, ada yg dpt laptop free :)
sangat bertuah..
Memang mereka sangat bertuah. Tak mcm zaman PR dulu2....
@Kiz: sama la ngan akak..masih guna pelita masa tu
@YNA,norh,pena rozie: betul..sangat bertuah.
bestnye, zaman sye xde pun camtu, tp masuk u jugak....
siapa pernah jadi cikgu anad 20 & abad 21 sudah tentu rasa sangat segala berbezaan, perubahan dan segalan-galanya tentang sistem pendidikan, tentang profesion keguruan dan tentang murid-muridnya.... bimbang jugalah, di negara kita murid diajar untuk lulus, bukan diajar untuk mencari ilmu... sebab status dilihat berdasarkan akademik yang sebenarnya atas jerih payah guru....
@Ayuni:zaman saya pun takder mcm ni..bdk zaman skrg berlebih2 pula.
@Amie: setuju sgt2..kalau pelajar tak capai seperti yg disasarkan, cikgu yang teruk kena..bila berjaya kadang2 tak sebut pun cikgu..
alhamdulillah.. bertuahnya mereka dapat cikgu2 yang berdedikasi seperti di sekolah cikgu... bukan senang sebenarnya nak jadi cikgu kan.. sanggup tinggalkan rumah demi kejayaan anak2 bangsa..
teruskan usaha murni itu cikgu..
balance - belajar & beraktiviti lasak = best!
pasal jalapeno cheese tu memang order online pun. ambik nom tel kat gambar wani tangkap tu atau add kat FB ummi's cheezy wedges
@Azwani:ok tq ya
Post a Comment