Assalamualaikum
Malam ni udara amat nyaman sebab hujan lebat turun lagi petang tadi,
Siap dengan guruh dan petir yang kuat...menakutkan juga.
Semalam seawal 8 pagi saya berada di sekolah untuk kelas tambahan
tingkatan 5 sampailah pukul 1 tghari.
Masa tu dah rasa kebulur sebab saya tak sempat breakfast,
hanya minum se mug milo panas.
Nak makan kat rumah kena masak dulu sure pengsan sebelum siap masak
so saya dan Lisa singgah makan kat kedai aja sebelum pulang.
Sampai rumah dah pukul 2 lebih.
Dah lama juga tak masak memasak dengan serius
semenjak dua menjak ni
terlebih rajin kot hik hik hik
Petang Jumaat tu suami pergi memancing di laut bersama
kawan-kawannya jadi semalam dia bawa balik ikan dan sotong.
Namun tak banyak sangat hasil yang dibawa pulang
sebab petang tu bot terumbang-ambing dipukul
ribut dan hujan yang lebat (tengok gambar langit mendung
dalam entri sebelum ni) sampai ramai yang muntah muntah
tak dapat memancing terus "flat".
Mood elok sikit hari ni jadi
saya pun mengerjakan hasil yang suami bawa balik tu.
Inilah menu tengahari tadi...simple saja
Esok boleh masak sambal sotong pulak...
Tadi sempat layan Manchester City lawan New Castle (2-0)
Sekarang masih lagi duk tengok Manchester United lawan Swansea
kedudukan (2-0) waktu ni.
Oklah..esok sekolah tapi minggu ni mengawas peperiksaan
Pertengahan Tahun sehinggalah cuti sekolah.
Lusa dah kena tanda exam papers pulak!
Bab mengawas peperiksaan ni menyiksakan skit...
sebab....MENGANTUK!!!
Jumpa lagi!!

Singgang asam pedas ikan merah bertanda... |
Ikan Kerisi fresh dari ladang eh, laut!
pasar mari...cicah sambal |
Esok boleh masak sambal sotong pulak...
Tadi sempat layan Manchester City lawan New Castle (2-0)
Sekarang masih lagi duk tengok Manchester United lawan Swansea
kedudukan (2-0) waktu ni.
Oklah..esok sekolah tapi minggu ni mengawas peperiksaan
Pertengahan Tahun sehinggalah cuti sekolah.
Lusa dah kena tanda exam papers pulak!
Bab mengawas peperiksaan ni menyiksakan skit...
sebab....MENGANTUK!!!
Jumpa lagi!!
27 comments:
sakan makanan tuh ye.huhu
sedap tuu menu makanan akak masak! :-)
singgang sambal kak ?? x pernah dgr , biasa saya msak singgang tumis atau singgang naik aje .. hurmm nampak sedap nie sbb saya nampak ada serai ye kak .. ke aper tuu ??
kerisi segar2 sedap dan manis kak .. buat bakar cicah kicap mak aihh .. kat sini kalau fresh2 tuu cicah rm 12 sekilo kak huhuhu
Assalamualaikum Cikgu.
Lama tak singgah, sampai je rumah Cikgu ada lauk sedap, fresh dari laut pasti sedap.
Musim bola tengah rancak. Saya penyokong ManU forever. :)
@Rozuan: ya..sesekali makan sedap!
@hafiq: belum cuba dah kata sedap ya
@ieda: singgang asam pedas ieda..bukan serai tu tapi bunga kantan dan daun kesum.samala kat sini kerisi RM12/kg.
@eru Ombak: wslm kak ya..silakan..aah..tengok bola manjang.
wooohhoo.. fresh from the sea..!! nak sikit...
ada geng2 anak kawan nak candat sotong last week kena kensel sbb ombak kuat..
wah..sedapnya masak asm singgang tu..!
mkn nasi boh kuah byk2..mmg terangkat..!
sayang nyer papa mifz tak makan ikan...huhu
sedapnya...makan dengan sambal belacan memang pergghhhh
@mulan: silakan! ye sekrg laut bergelora dan ribut kuat,,,bahaya.
@ciknur: haha..setuju2!
@papa Mifz: rugi2..tapi nak wat camana kan dh tak makan,
@kasihredha: yuP!TERANGKAT!
Cikgu..
Marim kakya make ikey PCB nus... Owos,, malah nok kecek,, banyok nyamuk. Saem semuo ok jah, kakya songhe pulok dio mari ghama2.. Hahaha..
saya suka singgang pedas.
@eru Ombak: kakya..ohhh patotlaa..agok doh kakya gi PCB sebab ado gambar bule tuh..nyamok tu kenne ko kak ya la tuh sebab tu dio krumun kakya soghe hehehe.
@anisalya: oh ya? sedapkan?
lauk singgang tu takde lauk lain pun dah layan.. nak2 ikannya fresh..
sedapnya,.. suami akak p mancing x pernah dapat ikan, belum pakar lagi koot..
bab jaga piksa, untung kala sempat ngantuk, akak jaga piksa macam jaga 'zoo negara' kalau akak tak kenan ngap, takut2 harimau plak akak 'ngap'... isshhh 4k, 5 k ...
yang simple2 tuh yg sedap! yummy!
singgang sedap oooo
hg ngaji lg ka...ok.
belajar rajin2 haha
ikan fresh memang lagi sedap kan
MMg puas hati kan dapat hasil pancing sendiri. Hehe. Nampak sgar plak ikan ni. Salam cikgu, lama x bsua kan
@hanisazla: a'ah..hirup kuah jer pun menjadi.
@aimaniman: jaga dewan budak kelas sains ok jer tapi bila kena jaga dewan kelas 4 terakhir memang naik angin sokmo sebab mereka kadang keluar masuk n bercakap . muka memang entah macam apa nak marah ajer.
@Faza: betul tu.
@syafiqakarim: kita dah lama lepas zaman belajar dik..anak2 yg masih belajar skrg
@alin: betul tu alin
@en2merah: ya..lama betul menghilang .
simple tapi segar
sodapnya mak ai! i love seafood:)
sodapnya kak....
dah lama tak dapat makan ikan fresh..
selalu makan ikan pasar je..
waahh.. pasangan mu kaki pancing rupenye.. =)
mmm...nampak very the very delicious tu kak!hehe
haha...kalau masa mengawas tu,ada yang meniru,rilek rilek eh kak!kehkehkeh XD
@delarocha: itu yg penting !
@zubect: samala kite
@Lady Milo:sekali sekala dpt yg fresh kan?
@Pondok usang: betul sangat!
@Mr Clive: meniru diam2 tu ok lagi, yg bercakap toleh kiri kanan keluar masuk dewan tu yang buat akak naik angin dalam dewan haha
sebenarnya, yg simple tu la yg sedap kak...selera org kampung..hehe
Post a Comment