July 19, 2012

SeLaMaT BerPuaSa

Selamat datang Ramadhan Al Mubarak !
 selamat menjalani ibadah puasa 
kepada seluruh umat Islam walau
di mana jua berada terutama
buat kenalan saya di sini.



sumber:FB



July 18, 2012

WoRDLeSS WeDneSDaY: PuLuT DuRiaN

Jamuan pulut durian di sekolah tadi.

durian yang dibawa oleh guru dari pokok/kebun sendiri


santan dan gula melaka
pulut
saya punya...kuah banyak, isi sikit

July 16, 2012

SeDiHnYa BiLa TenGoK

Agak lama juga takde entri baru..
sebenarnya lebih kepada tak der mood..
sebabnya.....
hati bengkek sangat2 dek sikap
manusia yang tak bertanggungjawab..


Dah berminggu sabar tapi
kesabaran akhirnya sampai tahap siling.
2 hari lepas saya rasa nak meraung!
bukan sekali , tapi 2 kali pada hari tu!


Semua berpunca dari sekor anak kambing jiran yg 
dilepaskan masuk dalam kawasan rumah saya
hinggakan segala pokok yg ditanam 
seperti cempedak, limau nipis, anak durian dan ciku tinggal batang saja.
Kambing tu cerdik, datang rumah waktu kami gi kerja dan 
waktu kami berada dalam  rumah.
Paling menyedihkan pokok2 orkid (6 pasu) saya yang galak berbunga dulu
habis rongak daunnya sampai berterabur pasu
dan tercabut  pokoknya.(orkid saya letak atas simen jer tak digantung).

Lepas beberapa kali kejadian, petang tu suami beritau jiran 
pasal kambingnya tapi selamba je dia jawab, 
"dah kurung " tak tau macamana terlepas.
(padahal hari2 terlepas konon)
Yang menambah sakit hati dan rasa nak meraung
bila malam tu sekali lagi orkid saya tunggang terbalik dan
hanya tinggal batang.
Waktu tu saya rasa nak gi campak2 jer pokok2 orkid saya tu kat depan
rumah dia tapi suami saya larang, kalau tak sure saya buat(brutal tak)?
Geramnya mereka boleh buat selamba derk  macam tak ada apa2 berlaku.
Dulu ayam2 mereka juga buat hal berak merata atas simen depan rumah saya.


Inilah rupa daun2 orkid sewaktu masih menghijau daunnya sebelum dibaham
anak kambing jiran sebelah rumah.


sewaktu berbunga ari tu..


Tengoklah rupa pokok2 ni selepas dibaham..
habis rongak daunnya
..arrrrggghhhhhh!!!

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v




siapa yang tak frust bila berlaku macam ni kan?
tak tau akan terus hidup ke tak.
sedih  :(

Kalau nak pelihara haiwan ternakan tu, pastikan
haiwan2 ini ditempatkan di kawasan
yang sepatutnya mereka berada dan
tidak menceroboh masuk ke kawasan orang.
Apa lagi memusnahkan tanaman dan harta benda orang lain.


p/s: kalau terserempak dengan anak kambing tu lagi, nak tangkap
dan tambat kat tepi pagar rumah dia
tak pun sorok dalam reban ayam ...hahaha!




July 10, 2012

DaH MuSim


2-3 hari kebelakangan ni sedikit bzzzzzzzzz
Tengok gambar dah la yer????

durian kampung dari pokok kat rumah mak
walaupun tak sama dgn D24 ke apa tu? tapi sedap!

tak sedar manggis belakang rumah dah terlebih masak
lepas kait masuk baldi, sekelip mata je dah habis

Sedang tunggu durian kat belakang rumah gugur.


menghargai pemberian student tadi..letak 
juga di sini.


Selamat berehat semoga
hari2 yg lebih indah menyambut kita
esok dan esok....


Assalamualaikum



June 29, 2012

KuCinG


Dah lama tak cerita pasal kucing semenjak kucing2 telah 
lama pergi meninggalkan kami.
Satu2nya yang tinggal ialah seekor ibu kucing 
yang debab ini..

kucing ni memang debab tambah debab sebab waktu ni 
dia bunting tunggu masa nak beranak.

Ok..inilah anaknya nan seekor,berwarna putih. perut bukan 
main besar tapi keluarnya sekor saja.
tarikh lahir kucing ni pulak sama dengan
tarikh lahir Rina..20hb May.

Waktu gambar diambil, ibu dan anak ni sedang 
bermain dan bergurau.
sayangnya ibu ni pada anak..dipeluk2 anaknya
comel jer
dua-dua tengah tido membelakangi masing2


Tapi itu cerita beberapa minggu lepas.
Sekarang ibu kucing sendirian lagi..
anaknya si Putih tidak kelihatan sewaktu saya 
balik sekolah 18/6/2012 yang lalu. 
Puas cari tak jumpa.  
Keesokan harinya, saya ke belakang rumah dan apa yang saya temui
amat menyayat hati..
bangkai si Putih yang baru berumur sebulan
dihurung lalat dengan perut terburai..entah digigit oleh apa :(

sendiri lagi..



TeTaMu SeKoLaH

Minggu lepas sekolah telah didatangi tetamu khas.
Ingat tak lagi yang sekolah saya telah menerima
ETA (English Teaching Assistant) di bawah program 
Kementerian Pelajaran Malaysia?
 Tetamu yang dimaksudkan ialah Mr Scott  M Rauland
Counselor for Public Affairs dari US Embassy  bersama dengan
Pegawai JPN Terengganu dan PPD.
Tujuan lawatan mereka adalah untuk
memantau sejauh mana keberkesanan program ETA  ini.

 Mr Scott Rauland diberi taklimat ringkas tentang sekolah oleh 
Tuan Pengetua dan GPK1 manakala ETA pula menjelaskan
tentang program dan aktiviti yang telah beliau laksanakan 
sepanjang beliau berada di sini.

Selepas taklimat, Mr Rauland dibawa ke kelas tingkatan 2 untuk
 melihat proses pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikan 
oleh ETA Miss Christina aka Miss Nina.

Pengetua, pegawai JPN dan Mr Rauland di belakang kelas


Miss Nina sedang mengajar
Mr Rauland berinteraksi dengan pelajar

Menurut pelajar, Mr Rauland "speaking" agak laju serta "slang" beliau
sukar difahami namun mereka tetap memberi respon yang baik
bila ditanya oleh beliau.

Kesimpulannya, Mr Rauland amat berpuashati dengan
pelaksanaan program ETA di sekolah kami.
Mungkin tahun depan program ini akan diteruskan lagi.





June 28, 2012

BeGiTuLaH ADanYa


Apa yang kita nak, tak semestinya kita dapat
....tapiii, kena kuatkan semangat..
Tak gitu?



June 27, 2012

June 24, 2012

BiLa ExPiReD?

Assalamualaikum..
Baru lekatkan benda ni kat keta malam ni..
 direnew oleh ss tadi.
.
.
.
.
.
.
.
.


dah seminggu rupanya saya memandu ke sana ke mari
dengan roadtax yang dah expired,
dengan selambanya!
mujur tak terserempak dengan JPJ yang buat road block.

Jangan diamalkan okeh!
tak pasal2 melayang $$$$$$$$$
bayar saman.

Cuba check sticker roadtax anda,
bila expired?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...