June 9, 2012

MuLiaNYa HaTi HamBa ALLaH Ini

Semoga sejahtera semunya...

Kisah benar untuk renungan...

Sewaktu hampir sampai rumah kakak tempohari kami berhenti sekejap di Bagan Luar untuk menunggu anak lelaki tiba. Jam dah lebih 10 malam. Sambil meninjau2 keadaan sekeliling kami ternampak sebuah kereta Gen2 biru muda sedang parking di kawasan berhampiran dengan  boot belakang terbuka, ada tong/kotak kayu. Kelihatan juga lebih 10 ekor kucing sedang berkeliaran sekeliling kereta sambil makan ikan. Bila diamati seorang wanita bertudung sedang berjalan ke sana sini memberi ikan kepada kucing2 liar di situ.

Kerana ingin tahu kami mendekatinya..lalu tahulah kami kisah sebenar. Wanita ini memberitahu kami bahawa telah menjadi rutinnya memberi makan kepada kucing2 liar yang berkeliaran di situ setiap pagi dan malam..Setiap hari ! Kucing2 di situ dah kenal keretanya dan akan menunggu kedatangannya setiap pagi dan malam untuk mendapatkan makanan.

sedang menikmati ikan

Katanya lagi setiap pagi sebelum ke tempat kerja, dia akan terlebih dahulu menghantar ikan/makanan untuk kucing2 tersebut, Nak tau? bukan satu tempat saje, tapi 4 lokasi berasingan yang bukan berdekatan.! Kalau tak diberi makan kucing2 tu, katanya, dia tak akan dapat lelapkan mata. Jadi itu adalah perkara yang wajib dilakukan setiap hari.

Saya bertanya, berapa banyak yang dibelanjakan untuk membeli ikan setiap hari, RM50-RM60! hari2 tau! kalau sebulan cer kira berapa?


Sambil memberi makan kucing, dia juga sedang mengelek seekor anak kucing..kucing tu nak dibawa pulang sebab katanya ibu kucing dah tak ada, takut nanti anak kucing ni ditangkap orang Myanmar dan dimakan. Dia kenal semua kucing liar di situ tau! 


Pernah satu hari bilangan kucing di situ tak cukup dan kebetulan dia terserempak dengan orang yang mengambil kucing itu lalu dikejarnya mereka sampai ke Balik Pulau, takdir tuhan dia berjaya menjejak mereka dan kucing dapat melepaskan diri tapi lehernya telah luka kena pisau.  Dia sempat menyelamatkan anak kucing tersebut dan dibawa pulang menaiki feri. Ramai yang hairan melihat dia mendukung kucing yang berdarah di atas feri tu tapi dia tak kisah, yang penting kucing dapat diselamatkan. Sekarang kucing itu dah besar dan sihat di rumahnya. Kat rumah dia ada 25 ekor kucing! Semuanya yang dia jumpa di jalanan.


Saya betul2 kagum dengan wanita ini...begitu penyayang terhadap haiwan sehingga sanggup berkorban sedemikian rupa. Semoga Allah akan memberi ganjaran yang setimpal untuknya.


Sebaik berlalu dari situ, anak saya Lisa asyik berkata" Orang ni baik sangat-sangatlah!".







11 comments:

Hanis MY said...

kagum sgt2... sungguh mulia wanita tu...

Unknown said...

sgt baik...nabi memang suka ummat dia sygkan binatang peliharaan...

Shafiq said...

Baiknya akak tu...

iKhRam said...

baik
sudah tentu kebaikan dibalas dgn kebaikan juga

ikhlas
ikhram

sal ya said...

Ya Allah... meamng baik pun dia. semoga diberi rahmat oleh Allah sentiasa.

monalea said...

baiknya dia kak........

kurus said...

aah terlampau baikk .. itu kalau amatan org yg x sayangkan kucing , tapi kalau org yg peminat setia kucing akan sayang dan x berkira dgn wang ringgit .. tu kalau dia berkemampuan lahh
kalau dia x mampu , nak soruu mulut sendiri dan anak2 punn berkira lain lah kann ;)

semoga allah memberikan ganjaran setimpal kpd dia kerana menyayangi dan mengasihi kekasih nabi nie ;)

Bazilah (^0^) said...

semoga ALLAH sentiasa merahmati wanita tu..

Farah Shamsudin said...

Allah..sangat mulia hatinya kak. kucing2 tu pasti mendoakan beliau ksejahteraan hidup beliau,

kasihredha said...

binatang kesayangan rasulullah

Nieda said...

Susah nak jumpa org yg sanggup berhabis wang ringgit dan bersusah payah mcm ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...