February 15, 2013

PeRinGaTaN BuaT KiTa


Terbaca status bekas guru saya di FB
minggu lepas..


Dia menelefonku sejak 29 Jan 2013 tetapi kesibukan & ketidakpedulianku menyebabkan panggilannya tidak kujawab & kubalas sehinggalah pada Ahad, 3 Feb 2013, jam 2.04ptg, kuangkat dan menyahut panggilannya.

Banyak perkara yg dimaklumkan kpdku mengenai kesihatan serta kerjayanya. Masalah jantung & buah pinggang menjadi isu utama yg dia luahkan kpdku. Terharu mendengarkan. Yg mampu kubuat hanya menasihatkannya supaya bersabar dan dapatkan rawatan yg sewajarnya.

Dia ingin berjumpa, berbincang serta mendapat nasihat mengenai bbrp perkara. Aku tak dapat penuhi hasratnya krn terpaksa keluar daerah utk bbrp hari mulai Selasa 5 Feb - 8 Feb dan berjanji utk bersuanya hujung minggu ini.
Segalanya menjadi igauan bila ku terima berita mlm semalam bahawa dia masuk wad akibat stroke selepas Asar 3 Feb 2013( bbrp jam selepas menelefonku - tiada maklumat awal dr sesiapa pun ).
Pagi tadi, sebelum terbang ke KL, sempat sms kpd  agar sampaikan salamku kpdnya. Jam 10.47 pg dlm perjalanan ke tempat mesyuarat dapat berita dia telah kembali menemui Penciptanya.
Innalillah....
Teramat sebak sebab terkilan dgn tangguhan masa utk bersuanya. Agaknya apalah yg terbuku dihatinya yg ingin diluahkan kpdku sejak bbrp hari dia cuba hubungiku. Hingga ke akhir hayat aku tak berpeluang menemuinya. 

Dan saat ini aku menitiskan airmata kasihku kpd bekas anak muridku yg telah pergi buat selamanya. maafkan aku kerana tidak berkesempatan menemuimu di saat-saat akhir hayatmu. Aku sgt terkilan. Apa jua dosamu pdku kumaafkan segalanya.
Moga kau tenang di sana...AlFatihah.


Sedih baca coretan cikgu saya ni..peringatan buat kita supaya peka dengan permintaan seseorang seandainya tiada halangan.
Al fatihah buat arwah junior saya.




9 comments:

HafRizah@Dátiles.Dulces said...

Ya Allah...sedihnya..tak kesampaian die nak jumpe.... alfatihah

MystoryPic said...

sedihnya.... kalau ada masa cuba lah kita luangkan sedikit masa pada org yg memerlukan kita... semoga menjadi pengajaran pada kita semua.

Cik Nur said...

sedihnyaa...

Al-fatihah...

the malay male said...

serba salah sampai kesudah.


Al Fatihah.

elly nadyra said...

Takziah dan al fatihah utk arwah. Mmg akan rasa terkilan seumur hidup, tapi kita jua ada tuntutan utk diri.

sal said...

Al fatihah, moga rohnya dicucuri rahmat..

Cikgu Ayu said...

Moga dia tenang di sana..

Papa Mifz said...

Al-Fatihah...semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yg beriman...

Yaya Azura said...

apa lah yang nak diceritakan agaknya..
moga kita sentiasa prihatin dengan orang yg terdekat..tak nak lah dirundung rasa menyesal..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...