February 8, 2013

SeKiTaR MaJLiS SamBuTaN MaULiDuR RaSuL 2013

Assalamualaikum..

Selasa lepas telah berlangsung majlis
sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah.
Antara pengisian majlis ialah pertandingan
perarakan dan sepanduk mengikut rumah sukan.

Rumah Tun Fatimah

sebelum perarakan

berarak sambil berselawat.
Rumah Tun Sri Lanang

Perarakan bertempat di trek olahraga 
padang sekolah yang luas.

Rumah Tun Perak
Rumah Tun Tuah (rumah sukan saya)

Rumah Tun Sri Lanang
ETA yang baru bertugas di sekolah kami
Cikgu Ian dari California turut sama berarak.

Irsyad,Iyazi ,adik dan Cikgu Ian.
Cikgu Ian beli baju melayu 
semata-mata untuk majlis.

Jamuan guru selepas perarakan...makan Nasi Kerabu



Selepas perbarisan perarakan pelajar berkumpul di dewan
untuk acara persembahan pelajar iaitu nasyid, sajak
dan sebagainya. Seterusnya penyampaian hadiah untuk
pertandingan perbarisan dan sepanduk.
Johan keseluruhan disandang oleh rumah Tun Tuah
seperti juga acara merentas desa baru ni..

Majlis kemuncak ialah ceramah Maulidur Rasul
oleh Ustaz Khairul Ikhwan.


Ceramah Ustaz sangat-sangat BEST hinggakan 1 jam suku 
pelajar dan guru tidak berganjak dari tempat duduk masing2.
Suara ustaz merdu sekali bila membaca ayat Quran,
bernasyid dan bersajak. 
Agaknya semua lagu nasyid
ustaz tahu.
Tahun depan harap ustaz dijemput lagi
untuk beri ceramah di sekolah kami.

Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW.

Sekian..selamat bercuti!







12 comments:

Sidratul Muntaha said...

happy weekender..
seronok tgk perarakan maulidur rasul ni even ade yg kabo bidaah
but then ikut UAI
it's bidaah hasanah
:)

Siti Safiyyah said...

salam maulidur rasul ciknor ^__^

seronoklah bebudak tu dapat pi sekolah tanpa uniform sekolah. hehe

Ann Ishak said...

rasa macam sambutan hari raya pulak, comel2 je semua pakai baju melayu dan kurung

the malay male said...

rumah tun tuah pun ada ye

Papa Mifz said...

teringat semasa zaman sekolah dulu, pernah juga terlibat dengan perarakan Maulidur Rasul...

Cik Nur said...

amboi cikgu ian..
bersemangat..!


tahniah rumah tun merah... :)

Cik Nur said...

hari penting seseorang...huhuh

Arham Md Ali said...

Dulu time am sekolah menengah, sekolah dekat High School Muar waktu tu, aktiviti wajib yang buat time sambut Maulud Nabi ni buat bubur lambuk.

Memang best.

ieda immi said...

seronoknya
ramai yg berkumpul meraikan

selamat bercuti kak !

elly nadyra said...

Suka kalee baju tun tuah! Handsome cikgu ian mesti ramai student admire

MulutPayau said...

Meriahnya sambutan di sekolah....

sudipVSsenduk said...

semalam surau di kampung ada buat majlis Maulidurasul, makan nasi beryani gam dalam dulang kongsi 4orang... Perrrgh! teringat waktu sekolah dulu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...