March 29, 2013

CuaCa PaNaS... UnDanGan KenDuRi

Cuaca panas terik dan kering lately
tanpa menampakkan adanya tanda-tanda
langit akan membuahkan hujan.
Kalau tiada keperluan lebih baik berada dalam rumah
daripada berada di luar.
Keadaan di jalanan menuju masuk bandar
 penuh dengan kenderaan.
Boleh bayangkan tak betapa stress berada
di jalanan dalam keadaan panas terik begini?


Cuti sekolah pula penuh dengan undangan kenduri kahwin.
Nak tak nak kena juga redah kepanasan.
Ada juga yang tersilap hari "termissed" (dah lepas)
Ada juga bila pergi tak ada orang, rupanya 
keesokkan harinya (yang ni sure tak miss)!
Nak buat macamana, banyak sangat.

Di bawah ni gambar anak kawan saya
yang sempat saya ambil sewaktu pihak
pengantin lelaki belum sampai.
Tema purple white! penuh bunga-bungaan.

Cantik! background diterangi lampu. suka bunga yang bergantungan tuu


Cuma bab hantaran ni saya rasa sarat sangat! Saya nampak bunga
saja...barang hantarannya tenggelam!

setuju tak dengan saya?

yang ni pulak ole-olenya..tak ada bunga telur
tapi dalam tu ada sebiji kek baulu..besar
dan sedap!

 Selamat menghabiskan cuti kepada yang bercuti.
Yang bekerja jangan jeles..
ambik la cuti jugak!



9 comments:

Shaqir Ir Manz said...

sekrg ni cuaca mmg tak menentu. Kt KL ada yg panas, ada yg hujan ribut.. macam2 la... kt Singapore plak dah jerebu... hurmmm...

Tihara said...

bila cuaca macam ni rasa nak minum air sejuk je.. :)

Tinta Lana said...

Urmm.. hantaran tu..memang nampak bunga je..huhuhu, benda yg dibuat hntrn dah tenggelam,huhuhu

Tapi..taste masing2..

Cik Nur™ said...

mmg lain mcm panaskan cuaca skrang, taiping hari2 hujan kak, tapi panas jugak,.

cantiknya pelamin....

the malay male said...

kat kl ni tiap2 ptg ujan... tiap2 hari balik keje kena hujan.. huhu

Papa Mifz said...

terasa lama pulak dah tak makan lauk kenduri...huhu

BUNDA a.k.a KN said...

cantik , purple white...hantaran tu kalu kurangkan bunga2 dia tak sarat sangat...tingalkan bunga putih jer..

Rapunzeel Cikilolo said...

suka pelamin tu...

simple :)

Nur-nba said...

Cantik ole2 tu.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...