March 15, 2013

ScHooL TRiP : PeTRoSainS KLCC

Isnin 11/3/2013 saya bersama 5 orang lagi guru
telah menyertai school trip mengiringi pelajar tingkatan 5 ke Kuala 
Lumpur dan Cameron Highland. Lawatan diadakan sebagai hadiah kepada 
pelajar top 35 dalam peperiksaan TOV baru-baru ini sekaligus untuk
membakar semangat mereka untuk terus bersaing bagi meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.

Inilah rupa bas yang disewa, baru sebulan berkhidmat. Ternyata
bas ini amat selesa tambah pula driver yang sangat sporting. Next time
confirm bas ini akan disewa lagi kalau ada school trip!


Destinasi pertama, KLCC iatu ke Petrosains.


Pelajar2 sedang berbaris untuk masuk ke Petrosains
Kumpul beg untuk disimpan dalam loker.

simulator untuk ke pelantar minyak

kereta F1

Tak banyak gambar yang diambil di sini sebab 
smartphone out of battery.
Tapi budak2 enjoy kat situ sebab macam2 boleh mereka
try di situ. Abang2 dan kakak2 yang buat science show dan
beri penerangan juga semuanya sangat friendly.
Banyak ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar
juga guru serta orangramai. Tak rugi masuk sini.

Berjam juga berada dalam Petrosains
sampai saya tak larat berjalan..sakit kaki!

Destinasi seterusnya ialah Muzium Negara.
Satu gambar pun tak ambik sebab kami melepak
sambil makan selepas solat. Letih berjalan di Petrosains tu.
Hanya pelajar yang masuk.

Dalam pukul 5 ptg bas bergerak menuju ke Cameron Highland.




6 comments:

||Sis aLeaSaRa|| said...

wah lama x gi petrosains...mmg suka sgt benda2 sains ni.bgs sklh buat cmtu blh motivate utk student lain gak spya usaha lbh kuat lg...

#suka header n b/gd blog ni ^^

Cik Nur™ said...

Nur baru pegi petro sains...
mmg kena spend byk masa...
sbb byk menda yg kena cubakan..
apapun mmg enjoy

Rozuan Ismail said...

wah, g petrosains tuh..wan pon pernah pergi sekali masa form 4.huhu.itupon org sponsor =D

Faridzuan said...

Wow, such a nice trip! Saya tak pernah lagi menjejakkan kaki ke sana. :)

Rapunzeel Cikilolo said...

petrosains...

aku yang tua pun suka pegi sana :)

elly nadyra said...

Pi petrosains mmg berejam tp seronok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...