September 30, 2011

AKu KeR YanG FaiLeD?

Assalamualaikum..

  • tadi dapat sms dari nombor yg tak dikenali. 
  • malas nak jawab.
  • sms "in english"
  • sms yg ke dua, dia tanya saya ni teacher dia ke
  • last2 saya jawab juga.
  • rupanya ex-student 6 tahun lalu yang sekarang dah tamat belajar.
  • dari pengamatan saya, english dia banyak sangat 'improvement".
  • dulu, masa tingkatan 5, english memang "hopeless"
  • selalu tido masa saya ngajar dan selalu kena marah sebab malas.
  • tapi dia wat "sardin" jer.
  • bayangkan SPM dah dekat, english masih lagi tunggang langgang tak tau kepala ekor tapi maths power!
  • tapi selepas 6 tahun dia berani sms saya "in english".
  • mungkin nak buktikan pada saya yang dia dah banyak berubah.
  • tadi juga saya bagitau dia yang saya gembira dia telah banyak "belajar" selepas tamat sekolah menengah.
  • dia balas banyak lagi yang perlu dipelajari.
  • saya "salute" dia. 
  • dia dah buktikan pada saya, usaha gigihnya telah membuahkan hasil.
  • saya pulak terfikir,
  • "AKU ker yang " FAILED" mengajar "english" dia dulu?"

8 comments:

Shafiq said...

Cikgu dah semangat mengajar, mungkin anak murid yang tak semangat nak belajar.. Dia baru sedar kot.. :-)

norh said...

bukan salah akak..
remaja kan suka nak ikut hati ja..bila dah matang sikit, baru teringat balik..
'ish, kalau dulu2 aku belajar bagus2, kan dah tak payah susah2 macam ni..
*pengalaman saya ok* wink *

Hanis Azla said...

yg pasti akak tak failed.. student tu contact akak sbb nak bagi tahu yg akak dah berjaya didik dia.. tahniah utk akak & ur student too..

azwa amani said...

ishhh tak lah kak.... kerana akaklah dia punya semnagat nak belajar... guru yg baik ialah guru yang dapat melahirkan anak murd yg lebih baik daripada guru tersebut.. :)

whitecappuccino said...

@Shafiq:alhamdulillah, akhirnya dia sedar.
@norh:oh..betul jugak..bila dah matang baru sedar kan?
@Hanis Azla: tq hanis!
@azwa amani:insyaallah..betul tu.

Cikgu Tie said...

Tahniah,kerana mempunyai anak murid yang masih mengingat cikgu walaupun setelah 6 tahun. Tentu ada sesuatu ajaran cikgu kepadanya dulu yang mampu memberi kesan mendalam sehingga boleh mendorong kejayaannya pada hari ini....sebab tu lah dia masih mengingati cikgu hingga ke hari ini.

whitecappuccino said...

@Cikgu Tie: terima kasih

Kalamhati said...

ciknor tak failed pun..dah usaha mendidik dia kan..cuma dia lambat pickup..masuk u baru pandai..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...