Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Semalam saya rasa agak PANAS!
Bukan panas sebab cuaca tapi PANAS hati!
PANAS hati dekat BAS!
ada ker orang PANAS hati dekat bas?
apa pulak kaitan saya dengan bas?
Ok..semalam saya hantar anak untuk naik bas balik 'U' dia.
Kebetulan hujan turun renyai-renyai dan seperti biasa time2 gini,
stesen bas penuh sesak dengan kenderaan dan orang ramai.
Berbalik pada kisah PANAS..
Bila bas sampai semua penumpang bas
bergegas untuk menaikinya.
Masing2 beratur dengan beg2 besar untuk dibawa naik ke atas bas.
Saya berasa pelik kenapa beg-beg besar tak diletakkan dalam
tempat menyimpan barang di perut bas.
"Compartment" barang bahagian kiri bas langsung tidak dibuka..
Macamana dorang nak duduk dengan selesa kalau semua barang
dibawa naik ke atas bas?
dah la barang banyak?
Kemudian saya terdengar seseorang memberitahu
bahawa beg boleh diletakkan
di "compartment" barang sebelah kanan bas.
Anak saya lantas bergegas ke sebelah kanan bas
untuk menyimpan beg-begnya.
Agak lama juga tunggu dia tapi tak muncul2..
dah la kita ni hampir basah kena hujan.
Lalu saya pun pergi ke bahagian kanan bas
untuk mengetahui kenapa dia lambat sangat
simpan beg2 dia.
Tambah pelik bila beg2 masih belum dimasukkan
dalam "compartment" tersebut walhal dah beberapa minit berlalu.
nak tau apa yang saya nampak?
benda ni!
V
V
V
V
V
V
V
Ya...petai yang bertimbun2 dalam sebelah "compartment" barang tu.
Pada masa yang sama salah seorang
dari mereka (bukan penumpang) sedang
mengalihkan petai yang bertimbun itu ke "compartment"
sebelah untuk dikosongkan
bagi mengisi sebahagian beg2 yang tak muat
untuk dibawa naik atas bas.
Kebetulan juga waktu itu ada seseorang
sedang memunggah petai (lagi???!!)
dari dalam van ke dalam "compartment"
berisi petai yg bertimbun itu.
Saya tiba2 rasa PANAS dan BENGANG!
lantas bersuara,
"OOOhhh...patutla beg2 semua bawa naik atas bas!, rupanya isi petai!"
Saya tahu pemandu bas tu dengar apa yang saya cakap
tapi dia tak berkata apa2.
Tahulah mereka berniaga,
Tapi kenapa menyusahkan penumpang?
Tidakkah mereka tau hak penumpang telah diketepikan?
Bayar mahal2 tapi mereka tak selesa?
Dahla perjalanan mereka jauh..Terengganu ke Johor!
Kepada mereka yang berkenaan,
kalau nak berniaga, sewalah lori atau beli lori.
Jangan menggunakan bas untuk kepentingan peribadi!
Menyusahkan orang!
Memanglah biasa orang kirim barang melalui bas
dan mereka dibayar upah untuk bawa barang tersebut,
tapi janganlah sampai menafikan
hak dan keselesaan penumpang
demi mengaut keuntungan peribadi!
Setelah bas tersebut berlepas,
saya meninggalkan stesen bas dengan hati yang terbuku..
rasa macam nak buat aduan jer kat syarikat bas berkenaan..
TRANSNASIONAL!
Perlukah saya berbuat demikian???
9 comments:
perlu je.... tapi Transnasional bawak KTB kan.. ke cmne.. em tah la.. tpi btw... mmg ada je yg mctu.. bukan nak kesah hal orang.... mecik2 tau ngn gol mcmni...ihs!hah!!!!
boleh buat aduan sebab sebagai pengguna kita ada hak untuk didengari... setuju sangat!
sis wat jer komplen....
wat je komplen.biar buka sikit mata diorang. itu hak pengguna
buat je aduan kak.sebagai pengguna kita ada hak
Memang melampau..
buat je aduan.. kita ada hak sebagai pengguna..
buat, jangan tak buat
Sekurangnya kita tegur dgn cara profesional- surat aduan.. Jadi x berlaku lagi pd masa depan(harapnya lah)...
Post a Comment