September 16, 2011

InDaHnYa NeGeRiKu

Assalamualaikum dan salam sejahtera
 Selamat Hari Malaysia dan selamat bercuti 
kepada yang bercuti tapi kami di Pantai Timur
 sememangnya hari ini cuti  hujung minggu.
Kemana sahabat2 hari ini?

Pagi tadi kami ke pantai sekejap untuk terapi..
Terapi? bukan terapi apa, cuma saja nak
 menghilangkan gatal2 dan miang di kulit lengan
macam kena alergik dulu.
Gosok2 lengan dengan pasir dan 
air laut yg masin mana tau mujarab.
Tapi sebab panas terik, sekejap saje la berada dalam air laut tu.
Saya bukannya suka mandi laut..
Tengoklah pantai yang menyambut kedatangan kami pagi tadi.

Tenang dan damai..langit biru
Lengang..pagi tak der orang lagi
teduh..dilindungi pokok2 rhu
model kepanasan
tumbuh-tumbuhan di sekitar pantai
tak tau nama apa..tajam!


SYUKUR padaNya..
hingga ke saat ini saya masih lagi
diberi peluang dan
berkesempatan untuk menikmati keindahan alam 
di tempat saya..

Sebelum pukul 11 pagi kami dah bertolak balik..
Sampai di rumah, teringat kek batik yang dibuat 
oleh Amira dan Alisa semalam..
Ini percubaan buat kek batik mereka yang
ke dua..berjaya!
Kali pertama buat, minggu lepas untuk jamuan 
raya kelas mereka.
Kawan mereka kata..SEDAP!!

Kek Batik...

Maaf kualiti gambar kurang memuaskan 
sebab semua gambar di sini saya
ambil dengan handphone sahaja..

Jumpa lagi!

8 comments:

Anisa Anuar said...

entry yang baik sempena hari malaysia ni...

Kalamhati said...

cantiknyee pantaaaaiii..=)

ewanthology said...

kek batik..fav saya :-)

Anonymous said...

pantai timur katner tu? ix kat terengganu jer...

Shafiq said...

pantai yang menyejukkan mata.. kadang-kadang saya ada lepak kat pantai. Sejuk je..:-)

norh said...

dah lama tak buat kek batik..

Tinta Emas said...

pantai kat mana tu...memang cantik. walaupun saya ajar geografi dan ada tajuk jenis2 tumbuhan semulajadi hutan pantai, namun saya sendiri pun tak tahu apa nama tumbuhan tersebut...

nur said...

WC dear,
best betul pantai,,
nur suke pantai juge!!



JOM TENGOK GAMBAR BEST!!
JOM KE: ALL IN ONE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...