September 8, 2011

RaYa LaGi

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Tak habis habis dengan kisah raya lagi.
Tapi kali ni sambutan raya kat sekolah pulak
untuk pelajar-pelajar bersama guru-guru.

Pelajar-pelajar tak ketinggalan
bergaya dengan baju raya(baju kurung dan baju melayu)
masing-masing..silap2 tengok
bertukar pulak cikgu dengan pelajar.

Biasanya sambutan raya di sekolah dibuat
mengikut kelas dan tingkatan.
Cuma tahun ini agak berlainan sedikit
dimana jamuan dibuat mengikut 
 kumpulan rumah sukan masing-masing.
jadi terdapat empat stesen sebab ada empat rumah sukan.
dipendekkan cerita,
gambar2 di bawah menjelaskan
juadah2 yang dihidangkan tadi.
Tapi saya hanya sempat ambil gambar juadah
yang terdapat di rumah sukan saya
sahaja..rumah lain tak sempat pergi pun.

Sebahagian pelajar yang hadir hari ini..
Nasi minyak dan ayam masak merah, Fruit Punch
pencuci mulut..puding dan jeli
Satay
Ketupat dan lemang 
Kek masam manis, kek lapis, dodol

Biskut hiasan

Gambar rendang dan biskut2 lain terlupa pulak nak ambik..
Apa pun jamuan berlangsung dengan meriah dan
juadah2 dapat dihabiskan dam masa tak sampai sejam.
Sabtu ni jamuan raya untuk guru2
dan kakitangan sekolah pulak..
Sesi menambahkan berat badan lagi!!

15 comments:

mMoOnN aAlLeEaA said...

nampak kemeriahan nya kak.budak2x yang seronok tu.

azwa amani said...

sateyyy.. seronoknya..

Ayuni said...

hm, jamuan kt fakulti pun meriah....

Tinta Emas said...

wah...meriahnya...sekolah saya tak pernah buat macam gini lagi...

ANISA said...

rindu time sekolah dulu...best2...sama la situasi..lebih kurang je..

Hanis Azla said...

meriahnya makanannya kak.. sama meriah dengan warna2 baju raya warga sekolah tu.. tertelan2 liur melihatnya..

NM02 said...

warna warni aidilfitri

suker!

Rozuan Ismail said...

ini memang stok tambah berat badan.haha.best giler beraya kat sekolah

ieda said...

jamuan raya di sek lah paling seronok dan meriah .. meriah ngan menu2 yg lazat ..
ada satay tuuu :)

taliff said...

Bestkan time sekolah2 dulu...hehehehe

Diana @ bilakukatacinta said...

sambutan raya masa zaman sekolah dulu simple jek...bawak bekal kuih raya masing2 ke sekolah..pastu saling tukar2..kalau ada menu tambahan pon mee goreng..tp skang dah lain...meriah bukan main

Run Away♥ said...

wah...best dan nampak sume sedap neh...;d

wahida said...

saya pun baru lepas attend jamuan hari raya kat opis...mmg sesi menambahkan berat bdn sungguh!!

Wanita2u said...

Jom join giveaway dari Wanita2u pula. :)
Hadiah mmg sangat menarik. Berbaloi-baloi join. Hehehe.

http://portalwanita2u.blogspot.com/2011/09/wanita2u-2nd-giveaway.html

z a z a said...

wiwit. warna warni bju budak2 tu pkai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...