April 19, 2012

MaKin MenJaDI-JaDiLaH NYanYuK..HaHaHa!

Assalamulaikum!


Dah nyanyuk gelak pulak!
Tak pe..saya gelakkan diri sendiri ni!
Penat masih belum hilang..
kerja masih ada lagi walau pun sebahagian  dah settled!


Tengahari tadi saya masuk pejabat untuk ambil LCD projector
(untuk kelas malam).
Sambil tersenyum, kerani tegur saya"Cikgu tak punch card ke pagi tadi"
Seingat saya 7.30 a.m saya  masuk punch untuk saya dan sorang kawan tu.
"Eh! Saya punch la tadi"! 
Mata terus melilau ke dinding tempat kad nama.
Hah??? ada kad saya kat situ! 
(lepas punch, kad masuk kotak,
jadi yang tak punch atau tak hadir, kad akan berada di dinding)


Rupanya saya terambil kad orang lain waktu punch tadi! 
kawan  punya kad
elok pulak saya ambil.
Semuanya gara2 mata rabun tak pakai spek. 
Patut ambik no 44 gi ambik no 45!
Tak pasal-pasal punch card tulis tangan hari ni.


Keluar dari pejabat sambil membawa LCD projector lantas
saya duduk di bangku simen depan kelas,  menunggu untuk pulang.
Sempat juga bersembang dengan beberapa orang kawan di situ.


Jam 3 petang saya terus balik rumah..
Dah hampir dengan rumah baru saya teringat LCD projector
saya tak bawa masuk dalam kereta.. 
Alamak!!! tertinggal kat meja simen tadi!
Kalau hilang harta benda sekolah tu jenuh la saya!


Saya terus call kawan yang ada kat situ tadi.
Nasib baik dia masih berada di sekolah
lalu dia tolong bawa balik dan hantar ke rumah saya.
Hmmmm...dah capai tahap kronik ni!



17 comments:

Liselle MonCherie said...

Hehe you were too busy,take a nice rest on weekends! :D

whitecappuccino said...

@Liselle: starting tomorrow morning till saturday ada program pembestarian solat utk form 3 n form 5 jadi kena berada di sekolah jugak this weekend dear!

Cik Nur said...

nasib baik tak hilang...
penat sangat ni..sebab tu sampai lupa...
ambil masa untuk rehat sama ye... :)

esok perak cuti... jom rehat puas2.. :)

Amie said...

Selamat pagi WC,
agaknya ada beberapa perkara lain yang sedang difikirkan waktu itu......

Ahmad Safwan bin Idrus said...

Assalamualaikum

Mungkin akak letih tu, kena rehat :)

noor said...

ni mesti ciknor terlalu bz nih sampai lupa semua hehehhe

kasihredha said...

kadang2 akak pun mcm tu
puas cari kunci kereta..pastu tengok duk dalam kotak. Tak ingat bila masa letak dlm kotak tu, padahal selalu letak dlm handbag.

So Shy Lady (SSL) said...

kj sbgai pndidik skrg ni sungguh mlelahkn. that Y cikgu jd bgitu. kasihan cikgu. cuti sek nnti rehat btul2 ye

m.u.l.a.n said...

kadang2 terjadi jugak.. ingat lain, buat lain..

MamaEma said...

siannya cikgu..banyak kerja yer...kena rehatkan badan juga tau

Papa Mifz said...

mcm mano leh silap punch kad ni kak oi...hehe

Nur-nba said...

Perkara dah biasa jadi di sek.. Lupa punch tu biasa.. Yang lebih kronik bila ada rakan yang lupa bawa handbag keluar dari kelas.. Nasib la tak hilang harta benda dalam handbag tu.. :D

Hanis MY said...

mesti kak nor fikir banyak benda yang kena buat ni...tak kronik la kak nor, masih menten lg... take care!

mMoOnN aAlLeEaA said...

boleh pulak lupa lcd projector tu kak. kalaulah hilang....satu hal nak mengganti tu kak

armouris said...

terjumpa info ni, juga pasal nyanyuk… sharing is caring :) - Alzheimer Penyebab Nyanyuk

pena rozie said...

same la kite. kadang kala dah waktu balik baru sedar yg ari x punch card...hahahahaha...

ain dzaya said...

letih la tu...byk istigfar n selawat yer..byk minum air masak gak..spaya mlancarkan sistem otak..

"Jadi draftsman cita cita sejak azali.".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...