April 27, 2012

CiKGu TaK AJaR

Assalamualaikum..


Semenjak Mira dapat lesen memandu, 
kami dah boleh rehat sikit.
sebab dia dah boleh diharap pergi hantar dan ambil
adik dia di sekolah bila ada kelas tambahan petang atau malam.
Jarak rumah dari sekolah dalam 15km pergi balik.


Cuma yang nak tergelaknya, 
bila drive waktu malam, dia asyik terlupa pasang lampu.
Bila dah sampai tempat gelap baru dia perasan.
bukan sekali dua tapi berkali2 jugakla..


Malam tadi pulak dia pergi kedai dengan adik2nya.
Lepas tu hujan turun tak lama kemudian.
Dia called" Mama, macammana nak on wiper?"
Pastu" Eh! ok2, jupo doh!"


Hahaha..masa belajar dulu cuaca elok jer tak hujan,
sebab tu cikgu tak ingat ajar buka wiper kot!

April 23, 2012

DaH SeLeSai...

Assalamualaikum!

Siang tadi telah berlangsung pertandingan Choral Speaking 
peringkat daerah yang mana pertandingan ini merupakan
pertama kali sekolah saya mengambil bahagian.
Sebelum ini kami pernah menyertai Speech Choir sebanyak dua kali
dan pernah memenangi tempat ke tiga dan ke dua.


Walaupun tidak  mendapat tempat ke tiga dan ke atas
hari ini, kami tetap berpuashati dengan
persembahan pelajar kerana mereka tidak membuat sebarang kesilapan 
dan telah memberikan persembahan yang baik.
Yang penting mereka belajar betapa pentingnya
semangat kerjasama dan mematuhi arahan
di samping melakukan sesuatu perkara
dengan gigih dan bersungguh2.

Keseluruhan sekolah yang mengambil bahagian hebat2 belaka
terutama sekolah2 elit,
dan persembahan masing2 juga menghiburkan.

Pertandingan permainan/sukan Kokurikulum dah selesai
Pertandingan ko-akademik juga dah selesai
(tinggal Speech Choir Julai nanti),
sekarang boleh concentrate sepenuhnya untuk P&P  dan pelajar.
Peperiksaan Pertengahan Tahun akan menyusul awal Mei ini.

*********


Layan pic anak kawan saya yang comel ini..

umurnya 8 bulan.

Selamat berehat!


April 21, 2012

CeRiTa SuaMi DenGaN RuSa

Assalamualaikum!

Seorang suami yang pemalas diminta oleh isterinya pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Isterinya membekalkan tali, kapak, parang dan bekalan makanan dalam mangkuk tingkat. Semasa berjalan di hutan dia terjumpa seekor rusa yang sedang nyenyak tidur. Beliau menghampirinya. Sambil berangan-angan dia menyatakan yang tanduk rusa tu cantik, kalau dia dapat sangat cantik dibuat penyangkut di rumahnya lalu disangkutnya mangkuk tingkat pada tanduk rusa.

Dia kemudian berangan-angan lagi sambil memegang perut rusa katanya kalau dibuat kari atau masak dalca memang sedap! Kemudian tangannya beralih ke bahagian peha sambil menepuk-nepuk dengan berkata" Bahagian ni kalau dibuat barbeque atau sate hai..(sambil menelan air liur) enak sungguh!". 

Kerana tepukan pada peha agak kuat, rusa terjaga lalu lari, dia mengejar rusa tersebut. Semasa mengejar rusa, seekor biawak melintas sambil menjelir-jelirkan lidahnya. Dia naik radang kerana dirasakan seolah-olah biawak itu memperlinya. Dia kemudian mengejar biawak pula serta membaling kapak ke arah biawak, tapi tak kena. Akhirnya biawak berjaya masuk lubang.

Si suami lantas menanggalkan baju dengan marah lalu menyumbat lubang biawak dengan bajunya. kemudian dia menanggalkan seluar dan menyumbatnya juga ke dalam lubang biawak.

Akhirnya dia keletihan lalu dengan rasa hampa dia balik ke rumah dengan tangan kosong dan dengan hanya memakai seluar dalam.

Renung-renungkan!

Sumber: Unit Kaunseling.


April 20, 2012

Doa DhuHa

Assalamualaikum..
Bermula pagi semalam sehingga esok, 
sebahagian daripada
pelajar tingkatan 3 dan 5
sedang mengikuti Kem Pembestarian Solat.
Kem ini khusus untuk memberi pendedahan yang mendalam
kepada pelajar tentang perincian dan kesempurnaan
solat fardhu dan solat2 sunat
dalam kehidupan seharian..
Ianya juga sebagai usaha ke arah pembinaan kehidupan
berkualiti di kalangan warga pelajar.
Antara pengisiannya ialah  pemantapan solat fardhu 
dan amali sunat tasbih dan solat Dhuha.


Walaupun hari ini hari cuti, saya berada di sekolah seawal 8 pagi
sehingga 12.30 tghari untuk bersama pelajar mengikuti program ini.
Tadi pelajar2 dikehendaki menghafal Doa Dhuha versi melayu
seperti di dalam video di atas, dan 
mempersembahkannya mengikut kumpulan masing2. 
Setiap kumpulan berlumba2 untuk memberi persembahan 
terbaik..Sesi kemudian disudahi 
dengan amali solat dhuha di surau.
Semoga usaha murni ini akan 
meningkatkan lagi kecemerlangan pelajar.

Petang ini akan kembali lagi ke sekolah untuk
sesi riadah..Esok pula sekolah ganti untuk cuti 
Hari Raya Aidil Adha nanti.






April 19, 2012

MaKin MenJaDI-JaDiLaH NYanYuK..HaHaHa!

Assalamulaikum!


Dah nyanyuk gelak pulak!
Tak pe..saya gelakkan diri sendiri ni!
Penat masih belum hilang..
kerja masih ada lagi walau pun sebahagian  dah settled!


Tengahari tadi saya masuk pejabat untuk ambil LCD projector
(untuk kelas malam).
Sambil tersenyum, kerani tegur saya"Cikgu tak punch card ke pagi tadi"
Seingat saya 7.30 a.m saya  masuk punch untuk saya dan sorang kawan tu.
"Eh! Saya punch la tadi"! 
Mata terus melilau ke dinding tempat kad nama.
Hah??? ada kad saya kat situ! 
(lepas punch, kad masuk kotak,
jadi yang tak punch atau tak hadir, kad akan berada di dinding)


Rupanya saya terambil kad orang lain waktu punch tadi! 
kawan  punya kad
elok pulak saya ambil.
Semuanya gara2 mata rabun tak pakai spek. 
Patut ambik no 44 gi ambik no 45!
Tak pasal-pasal punch card tulis tangan hari ni.


Keluar dari pejabat sambil membawa LCD projector lantas
saya duduk di bangku simen depan kelas,  menunggu untuk pulang.
Sempat juga bersembang dengan beberapa orang kawan di situ.


Jam 3 petang saya terus balik rumah..
Dah hampir dengan rumah baru saya teringat LCD projector
saya tak bawa masuk dalam kereta.. 
Alamak!!! tertinggal kat meja simen tadi!
Kalau hilang harta benda sekolah tu jenuh la saya!


Saya terus call kawan yang ada kat situ tadi.
Nasib baik dia masih berada di sekolah
lalu dia tolong bawa balik dan hantar ke rumah saya.
Hmmmm...dah capai tahap kronik ni!



April 16, 2012

JaDi LeBaH Bzzzzzzzzzzz

Assalamualaikum!
Minggu ni saya jadi


semput hah!

Apapun enjoy pemandangan sawah padi
yang mula menguning ni,
 yang sempat saya
capture sewaktu ulang-alik ke sekolah!




Saya akan kembali!!



April 13, 2012

BeRDua BeRSaTu- SaYa SuKa LaGu Ni!!

Selamat malam!

Mood layan lagu jiwang jap..suka lagu ni!

                      


         

                                           
Agak2 orang kat bawah ni boleh masuk group Forteen tak?
hehehe..just kidding!
Errr..sorry Padey!
saje nak tepek muka
Padey kat sini.


My Photo
my ex-student
bersama anak buah dia yang comel!

Blog dia kat SINI


IkLaN JeR LeBiH

Salam Jumaat yang mulia..


Tengahari semalam saya dan suami ke Kuala Terengganu 
kerana ada urusan di sana.
Dalam perjalanan pulang kami singgah 
di sebuah kedai makan aka restoran yang agak besar.
Dekorasi kedai pun tip-top..
Tercatat di banner..macam2 ada, western  food, 
dari spaghetti hinggalah ke Chicken Chop,
masakan panas hinggalah segala lauk pauk.
Air pulak segala macam jenis.


Sebaik duduk seorang gadis datang ambik order.
Saya dan suami order " Teh O beng laici ( Teh O ais laici)"
Dia jawab" Laici habis!"
Ok.."teh o beng limau"
Makan? dia tanya lagi.
"Nasi Ayam dua!"
"Nasi Ayam tak der.."


Laa..padahal kat dinding bukan main gah lagi iklan
gambar Nasi Ayam Special tertayang.
Kami pun terus bangun sambung perjalanan,
cari kedai lain.


Agaknya dorang tunggu stok abis dulu baru gi beli barang ya?
bukan ke sepatotnya check stok dulu tengok mana yang kurang, tambah..
bukan tunggu habis baru nak gi beli lain.
Lain la kalau kedai tu kedai kecik..
Ni kedai bukan main cantik taraf restoran lagi..
Tapi..bila order, bendanya tak ada.
Alahai...









April 12, 2012

OuCh!!


*sigh*


by: Garden of Life Quotes



April 11, 2012

GeGaRaN DiRaSai

Salam sejahtera..


Baru saja kejap tadi anak lelaki yang
bekerja di Penang call..
Saya tanya ngapa call.


"Ma, masa tsunami pukul 4.45 pm tadi , dalam kilang tempat kerja tu bergegar
lebih kurang seminit. Kami nak keluar dari kilang tapi technician tak benarkan
.nasib baik takde apa2 jadi."
"Kawan yang duk dalam surau kat kilang cakap rak tempat letak telekung terbalik. Lepas tu dalam pukul 6.40 rasa lagi gegaran tu."


Alhamdulillah...harap2 tak berlaku sesuatu yang membimbangkan.



April 9, 2012

FM TioMaN...TQ PaPa MiFz!

Salam sejahtera..

Tadi saya terima parcel dari Papa Mifz..
dapat FM penyu Tioman
Tima kasih banyak2 ya Papa Mifz,
bertambahla koleksi FM akak tu.


Dulu Papa Mifz ada buat contest teka gambar dia dan wife.
So, FM inilah hadiahnya.
tima kasih sekali lagi,
Kalau ada lagi boleh bagi lagi :)


MinGGu YanG Bzzzz..

salam sejahtera!

Mohon maaf kepada kawan2 sebab kebelakangan ni tersibuklah
sedikit menyebabkan saya tak dapat membalas jejak kawan2..
Macam2 aktiviti di sekolah dan di rumah weekdays termasuklah
weekends, penuh padat dengan program..
penat..tido lewat..tak cukup rehat..
hujung minggu ni pun ada kem lagi di sekolah..
maknanya Jumaat Sabtu siang malam juga
kena gi sekolah.
Antara aktiviti minggu ini..


Kejohanan bola jaring MSSDB

Last weekend pulak ada Program anak angkat UPM di kampung kami.
Kami dapat dua orang anak angkat perempuan dari Johor..Fara dan Eikin..
Semalam dorang bertolak balik ke UPM dan terus balik Johor utk bercuti.

Oklah..ada masa luang nanti saya
singgah di blog kawan2 ya..
take care!!



April 5, 2012

MaKaNaN KeGeMaRaN RaSuLuLaH S.A.W




1. Barli- bagus untuk demam jika dibuat sup


2. Kurma- nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti  
    rumah yang tidak ada makanan.


3. Buah Tin- Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.


4. Anggur- Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah  
   pinggang, membersihkan perut.


5. Madu- Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman. ubat  
    segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka  
    selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminum waktu pagi  
    dengan air suam.


6. Tembikai (segala jenis) - Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal 
    melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya.


7. Susu - Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan   
    belakang, memperbaiki otak, memperbaharui pandangan mata, membuang  
    kelupaan.


8. Cendawan - Baik untuk mata, perancang keluarga.


9. Minyak zaitun - Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat  
    radang perut.


10. Delima- Membersihkan tubuh dari syaitan, bisikan syaitan selama 4o hari.

11. Cuka - Nabi selalu meminumnya dengan minyak zaitun (trend popular di
     restoran Itali).

12. Air - Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan  
     jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.


sumber:FB
(Kami peminat Ustaz Mohd Kazim Elias)


April 4, 2012

WoRDLeSS WeDnEsDaY: LanGiT PaGi

salam ceria hari Rabu.



senario: langit di waktu pagi
Lokasi: kawasan rumah mak
Masa: 6.40 pagi


TaK TaU Apa SeBeNaRnYa YanG BeRLaKu

As Salam..


Baru tadi kami baru balik dari Tok Bali..pegi beli ikan, sotong dan udang..

Ok tadi semasa beli ikan, makcik yang jual sayur  sedang bercerita kisah seorang ibu yang singgah di situ. Katanya, ibu (entah dengan sapa lagi) tersebut  datang beli ikan dan pada masa yang sama anak lelakinya yang berumur 13 tahun, pergi ke tandas di depan pasar tu. Sebaik selesai beli ikan, mereka terus pergi tanpa si anak.

Menyedari yang ibunya tiada, budak lelaki tersebut terus berjalan ke jalanraya.
Tak taulah sejauh mana dia berjalan sehingga ditemui orang di situ.  
Dia menangis. Bila ditanya nombor telefon ibunya atau keluarganya untuk dihubungi, dia jawab tak tau. Rasa macam tak logik pulak budak tingkatan 1 
tak ingat nombor telefon mak atau ayahnya. Katanya ibunya dalam perjalanan balik ke Kota Bharu.

Cuma saya tak sempat nak tanya makcik tu apa jadi dengan budak tu tadi sebab kami terpaksa bergegas pergi.

Terfikir jugak saya, macamana la mereka boleh tak perasan budak tu tak ada 
semasa dalam perjalanan tu. Kalau pun baru perasan, tentu mereka tak jauh dari pasar tersebut dan pada masa yang sama akan berpatah balik untuk mengambil dia. Tapi waktu makcik tu cerita dah agak beberapa jam kejadian berlaku. Kalau mereka berpatah balik secepat mungkin tentu tak mengambil masa yang lama. Tiada juga kelibat mereka datang mencari semula.

Betul ke si ibu tertinggal budak lelaki itu atau sengaja ditinggalkan?
Hmmm...apa sebenarnya berlaku? Wallahuallam.



April 2, 2012

DaH 3 KaLI

Selamat malam!


Hampir pukul 3 petang tadi saya menyelongkar  
handbag untuk mencari kunci kereta.
Alamak!!! takder!
Saya terus ke tempat parking kereta .
Anak dan anak sedara sudah menunggu untuk pulang.


Saya jenguk ke dalam  kereta..Mujur ada!
kunci kereta elok2 saja berada di tempat sepatutnya ia berada.
"Ni dah kali ke 3 (tahun ini) cik.. tinggal kunci dalam kereta"
kata anak sedara.


Mujur budak sekolah saya bukan jenis khianat.
Memang saya jarang kunci kereta bila parking di sekolah.
Tapi, takderlah sampai sengaja tinggal kunci di situ.
Tabiat pelupa semakin menguasai diri.

April 1, 2012

FaKTa MeNaRiK TenTanG KeLaHiRaN

Assalamualaikum..

Semoga petang ini petang yang indah buat semua.
Di sini saya nak kongsi beberapa fakta menarik tentang kelahiran.
Mungkin ramai yang sudah sedia maklum tapi mungkin juga masih ada yang tak tau kan?

10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka.
    Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz    
    normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.
4. 80% wanita mengalami sindrom "Baby  Blues" semasa 2 minggu terawal
    selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses
    bersalin bermula. kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila
    mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del.
   Tetapi semasa bersalin, ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang     
   bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad
    baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi  
    wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala  
     menunaikan haji.   

Sayangilah ibu kita

sumber:FB



JanGaN LuPa TenGoK BeLakanG JuGa

Assalamualaikum!

Syukur alhamdulillah saya masih lagi berkesempatan
untuk menaip entri yang tak seberapa ini.
Hari ni nyaris nyawa melayang..nauzubillah!
Pagi tadi saya keluar rumah untuk
hantar Lisa ke kelas tambahan di sekolahnya.

Sebaik berada di tepi jalan sebelah kanan, 
saya intai cermin depan
dan cermin sisi sebelah kiri
untuk cross jalan ke sebelah kiri..
ok..depan clear, belakang clear!
Sebaik saja tayar kereta sebelah kiri naik keatas jalan
tiba2 dengan ekor mata kiri saya
ternampak treler punyalah besar dan panjang
 meluru dari sebelah kiri saya.

Mak aiii! terperanjat saya! terus turun balik ke bahu jalan.
camanalah tiba2 jer treler tu muncul.

Rupa-rupanya sewaktu saya melihat cermin sisi dan depan untuk
cross jalan, treler tu dah dekat sebab tu tak nampak dalam cermin tu.
Selalunya saya akan toleh ke belakang untuk pastikan tiada kenderaan
tapi tadi tak tau la kenapa saya tak berbuat demikian tadi.


Ya Allah!! syukur alhamdulillah  
kerana masih memberi ruang untuk kami bernafas.


Oleh itu, jangan percaya sangat kepada cermin depan dan cermin sisi
bila nak melintas jalan..kena jugak toleh ke belakang untuk
mempastikan jalan selamat untuk menyeberang.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...