May 25, 2011

BuBuR RaGi

Hari ni saya nak share satu petua dengan ibu2 
yang baru bersalin dan
yang bercadang nak bersalin nanti..
Bapa2 pun boleh baca takde masalah.

Tentunya korang tau RAGI kan? 
ada yang tak tau?
Kalau sapa2 yang suka makan tapai mesti la tau
apa guna ragi tu .

Sewaktu saya berpantang dahulu, emak saya
ajar saya makan bubur ragi untuk memanaskan badan
dan mengecutkan peranakan.
Ada sapa2 pernah makan bubur ragi?

Mulanya saya rasa pelik juga, sedap ker??
Tapi lama kelamaan saya macam ketagih pulak
setiap pagi nak makan bubur ragi.
Tapi ingat ya, untuk yang berpantang jer.

Cara nak buat mudah saja,
ambil 2-3 biji ragi, hancurkan dan letak dalam periuk kecil.
masukkan secawan atau secawan setengah air dan sedikit gula.
masak atas api hingga menggelegak dan sejukkan.
boleh dimakan sewaktu masih suam2 
di waktu pagi selama waktu berpantang.
Selamat mencuba!



24 comments:

noor said...

cik norr saya rindu sama kamoooooooo..
hah bubur ragi..xpenah mkn harus di cuba nih

Farah Shamsudin said...

bubur ragii? memang tak tau nii

whitecappuccino said...

@noor: rindu kamoooo jugak! ubat untuk ibu bersalin noor
@Farah:ya..elok makan dalam pantang

mommylavender said...

salam nur~ mommy tak penah makan bubur ragi ms dalam pantang..nak cube pun~heeee tak leh kot, kan untuk yg dalam pantang jer.

abiey said...

salam kenal,jom join segmen
http://jokegurl.blogspot.com/2011/05/segmen-mencari-100-blog-list-utk.html

Hanis MY said...

bubur ragi? bilalah nk sampai waktu berpantang tu huu...

Hanis Azla said...

rasa teringin pula nak rasa kak.. tp nak mencuba bukan dalam pantang pula.. he..he..

whitecappuccino said...

@mommy:wslm..saya pun teringin..try la mommy.mommy bersalin la lagi hehe
@abiey: salam kenal abiey
@Hanis MY:Insyaallah..sampai la nanti
@Hanis Azla:kena pantang dulu la kot :)

kay_are said...

untuk yang berpantang je ke? camtu x dapat nak rase..

Shafiq said...

Owh.. tak tahu pasal ni. :-) Petua yang berguna.

Tinta Emas said...

saya dah tutup kilang..cukup 5...mungkin boleh saya kongsikan dgn rakan2 saya yang lain..

sahromnasrudin said...

bagus petua nie..trime kasih atas titipan ini

wahida said...

kak, masa saya dlm pantang tak pernah lak MIL saya ckp pasal bubur ragi ni..silap2 bukan semua org tua tau..hehe..

tapi bagus la kak, nnt kalau saya bersalin lagi ke, saya ada idea nak mkn apa masa pantang nnt...
tq kak!!

rasa dia mcm mana kak?

whitecappuccino said...

@kay_are:ye..tp nak rase takder hal.
@Shafiq: tq
@Tinta Emas:sama la kita
@sahromnasrudin:sama2
@wahida:org tap berapa tahu..tapi mak akak banyak petua dia.try la ida..mmg sedap cuma akak tak tau nak describe sedap camana hehe

ieda said...

aah selalu diaamlkan dlm pantang .. tapi akak selalu makan tapai je .. jarang sgt buat bubur ragi tuu ..

♕ Mr.IX ♂ said...

macam pernah dengar jer perkataan ragi tu.. dimana yer..

kiz said...

rasa dia mcm mana eh..ada mcm air tapai?

whitecappuccino said...

@ieda:try makan..
@Mr Ix: cer ingat balik :)
@Kiz:lain..

nur aisya humaira said...

bubur ragi??1st time dgr..:)

nuriz said...

ragi ni org buat tapai kan, makan tapai byk2 bleh panas badan jugak , patut le bagus utk org pantang ni

Scarlett O'Hara said...

Tak bubuh beras ke?Untuk kuruskan badan boleh tak?

whitecappuccino said...

@nur aisya: memang org tak berapa tahu
@nuriz:ya
@scarlett: tak..ragi dan air saja..untuk kurus tak tau la pulak..

padlie said...

boleh buat bubur ye?

erm, kenapa kalau kita gaul ragi dalam nasi kucing, kucing tu tak bunting? ada kaitan ke?

Rupanya TV LED belum wujud di Malaysia

whitecappuccino said...

@padlie: betul padlie..memang kucing tak bunting jadi makan bubur ragi ni salah satu cara family planning..nak menjarangkan anak kalau anak tak ramai tak leh makan banyak la kot2 tak dapat anak pulak nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...