May 11, 2011

KaLaU DaH ReZeKi, TaK KeMaNa

Kita sering mendengar orang berkata, selalunya ada hikmah di sebalik sesuatu yang berlaku kepada kita. Orang putih kata, "Blessing in Disguise".  Mungkin pada mulanya agak sukar untuk kita menerima atau adakalanya kita tertanya2 mengapa ianya berlaku kepada kita.  Kita mempersoalkan mengapa sesuatu yang kita harapkan tak kita perolehi . Namun setelah beberapa peristiwa yang saya alami, saya mula mengakui benarnya kata2 di atas.

Sebagai contoh, saya mula2 posting kerja bersama seorang kawan saya pada tarikh yang sama. Setelah beberapa tahun berkhidmat kawan saya telah memperolehi Anugerah Khidmat Cemerlang di bawah SSB dengan mendapat kenaikan gaji secara MENEGAK. Memang ada juga perasaan terkilan sebab nama tidak tersenarai ,  namun perasaan itu hanya dipendam dan lama kelamaan hilang begitu saja dibawa arus masa yang berlalu.

Tahun berikutnya, tanpa saya duga, saya merupakan salah seorang daripada guru2 yang tersenarai mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang. Kali ini bukan mendapat kenaikan gaji secara menegak, tapi MELINTANG.  Saya mula terfikir, agaknya inilah hikmah di sebalik saya tidak tersenarai pada tahun sebelumnya.  Mungkin kalau tersenarai, saya tidak akan dapat MELINTANG, mungkin hanya MENEGAK sebab ada yang lebih layak mendapat kenaikan MELINTANG pada masa itu. 

Rupa2nya, Tuhan mahu memberikan rezeki yang lebih kepada saya pada tahun berikutnya. Kini walau apa jua yang berlaku, saya melihatnya dari segi positif, kalau ia hak atau rezeki kita, kita akan dapat juga.. Kalau tidak, anggaplah ia bukan rezeki kita. Alhamdulillah. Perlu kita ingat, lakukan sesuatu itu dengan ikhlas dan niat yang baik, Allah Maha mengetahui dan Maha Adil.





12 comments:

Hanis Azla said...

betullah kak, kalau rezeki itu hak kita, mmg akak jadi hak kita juga..

norh said...

dok pesan gak kat diri sendiri, Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil

Hanis MY said...

wahhh tahniah kak nor..sy pun tumpang gembira..betul tu kalau rezeki tak ke mana...

Unknown said...

tahniah nur...atas anugerah tu, n selamat ari guru, tq kerana manjadikan anak2 celik ilmu...

wahida said...

saya sgt setuju ngan akak..setiap yg terjadi itu mmg ada hikmahnya...Allah nak beri ganjaran yg lebih besar di sebalik kejadian tu kak..

tahniah akak!! saya tumpang hepi utk akak...

ewanthology said...

melintang dan menegak ok la tu

jangan menurun plak.. hehe

Kalamhati said...

alhamdulillah ciknor..
btul la kan..setiap org ada rezeki masing2 yg Allah beri..cepat atau lambat je..

bila la sy nak dpt APC ni ye..hehe

whitecappuccino said...

@Hanis Azla: akak setuju
@norh:sekurang2nya kita ingat
@Hanis MY:tq hanis, tapi tu 10 tahun yg lalu
@mommy:tq!
@wahida:setuju sgt2..tq
@delarocha:dah tak de skrg, harap2 tak
@Kalamhati: 10 tahun yg lalu tu..insyaallah ada la rezeki tu.

Shafiq said...

Alhamdulillah. Tahniaha akak. :-)

whitecappuccino said...

@Shafiq: tq shafiq tap dah lama dulu..10 tahun lalu.

♥ Princess ♥ said...

tahniah ciknor....hmm sy baru keje xde la menegak or melintang...

Anonymous said...

kita memang sntiasa nakkan yang terbaik & ianya semua hanya datang dari Yang Maha Esa. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...