April 21, 2012

CeRiTa SuaMi DenGaN RuSa

Assalamualaikum!

Seorang suami yang pemalas diminta oleh isterinya pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Isterinya membekalkan tali, kapak, parang dan bekalan makanan dalam mangkuk tingkat. Semasa berjalan di hutan dia terjumpa seekor rusa yang sedang nyenyak tidur. Beliau menghampirinya. Sambil berangan-angan dia menyatakan yang tanduk rusa tu cantik, kalau dia dapat sangat cantik dibuat penyangkut di rumahnya lalu disangkutnya mangkuk tingkat pada tanduk rusa.

Dia kemudian berangan-angan lagi sambil memegang perut rusa katanya kalau dibuat kari atau masak dalca memang sedap! Kemudian tangannya beralih ke bahagian peha sambil menepuk-nepuk dengan berkata" Bahagian ni kalau dibuat barbeque atau sate hai..(sambil menelan air liur) enak sungguh!". 

Kerana tepukan pada peha agak kuat, rusa terjaga lalu lari, dia mengejar rusa tersebut. Semasa mengejar rusa, seekor biawak melintas sambil menjelir-jelirkan lidahnya. Dia naik radang kerana dirasakan seolah-olah biawak itu memperlinya. Dia kemudian mengejar biawak pula serta membaling kapak ke arah biawak, tapi tak kena. Akhirnya biawak berjaya masuk lubang.

Si suami lantas menanggalkan baju dengan marah lalu menyumbat lubang biawak dengan bajunya. kemudian dia menanggalkan seluar dan menyumbatnya juga ke dalam lubang biawak.

Akhirnya dia keletihan lalu dengan rasa hampa dia balik ke rumah dengan tangan kosong dan dengan hanya memakai seluar dalam.

Renung-renungkan!

Sumber: Unit Kaunseling.


12 comments:

kasihredha said...

simbolik ni...kena renung2kan dan fikir2kan

Miss N™ said...

last2 ape pun xde.... peluang depan mata di lepaskan macam tu sebab berangan tak berhenti...

kira berangan tanpa usaha...akhirnya...ape pun xde..

Shafiq said...

Rebutlah peluang yang ada..

kurus said...

ermmmmmmmmmmmmmmmm
duk fikir moral dia ..
adehhhh slow sikit saya nie kak huhuh

Amie said...

Ada gaya Pak Pandir, Lebai Malang, Pak Kaduk dan Mat Jenin he he hehh tapi yang ni moden sikit sebab berangan nak buat barbeque daging rusa!

ewanthology said...

byk sgt moral of the story nye :-)

Unknown said...

bak kata cik amie tu,ada gaya pak pandir la gini eh...betul. focus focus! jgn senang terpedaya oleh nafsu diri.

salam isnin kak! :)

Unknown said...

rezeki dah depan mato tapi disebabkan lalai kan dah rugi...

wahida said...

apa pun tak boleh!!

Sis AI said...

Pndek2kan angan2 dan janganlah jadi mnusia yg bertindak mngikut emosi smata2.. Ada lg renungan tu, ekeke!

sal ya said...

apa bnd pun tak dpt. yg dpt pnt je.

pena rozie said...

banyak moral tu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...