Assalamualaikum!
Siang tadi telah berlangsung pertandingan Choral Speaking
peringkat daerah yang mana pertandingan ini merupakan
pertama kali sekolah saya mengambil bahagian.
Sebelum ini kami pernah menyertai Speech Choir sebanyak dua kali
dan pernah memenangi tempat ke tiga dan ke dua.
Walaupun tidak mendapat tempat ke tiga dan ke atas
hari ini, kami tetap berpuashati dengan
persembahan pelajar kerana mereka tidak membuat sebarang kesilapan
dan telah memberikan persembahan yang baik.
Yang penting mereka belajar betapa pentingnya
semangat kerjasama dan mematuhi arahan
di samping melakukan sesuatu perkara
dengan gigih dan bersungguh2.
Yang penting mereka belajar betapa pentingnya
semangat kerjasama dan mematuhi arahan
di samping melakukan sesuatu perkara
dengan gigih dan bersungguh2.
Keseluruhan sekolah yang mengambil bahagian hebat2 belaka
terutama sekolah2 elit,
dan persembahan masing2 juga menghiburkan.
Pertandingan permainan/sukan Kokurikulum dah selesai
Pertandingan ko-akademik juga dah selesai
(tinggal Speech Choir Julai nanti),
sekarang boleh concentrate sepenuhnya untuk P&P dan pelajar.
Peperiksaan Pertengahan Tahun akan menyusul awal Mei ini.
*********
Layan pic anak kawan saya yang comel ini..
umurnya 8 bulan.
Selamat berehat!
17 comments:
sekolah kat kelate ko ni?
@Kasihredha: dok kak, Besut kak!
wahh, rindu zaman sekolah dlu2 =D
masa sekolah dulu malu2 je bila kena paksa masuk pertandingan macam ni. bosan sbb entah apa2. bila dah tua2 ni imbas balik... mmg kenangan la semua tu. tak semua org blh rasa kan.
seronok tgk semangat mereka waktu buat choral speaking tu.. nampak bersungguh semuanya.. anak saya pun dok hafal skrp utk choral speaking di sekolahnya.. saya suka juga.. boleh memantapkan penguasaan bahasa inggerisnya..
seronok tgk semangat mereka waktu buat choral speaking tu.. nampak bersungguh semuanya.. anak saya pun dok hafal skrp utk choral speaking di sekolahnya.. saya suka juga.. boleh memantapkan penguasaan bahasa inggerisnya..
Beso dan tembam nya budak ni. ^__^
Ayh orang besut, selalu la balik.
persembahan penting. Kalah menang tu memang kene terima jugak...
vedio xde ke kak..?
alololo..bulatnya..! geram tengok..!!
laa akak ingat kat jb..
ok la, choral speaking biasanya sekolah2 elit cam sek convent, sek tinggi.. yg menang, sekolah akak pun belum menang lagi, tapi aiman x kisah!!
takpe tahun depan cubo lagi insyallah dapat johan lak..:)
tahniah jugaaa .. x per kak
tahun depan bertanding layie
sekurang2nya mereka dpt pengalaman kan , macam mana dan suasana coral speaking nie ..
mana tahu tahun depan rejeki anak2 murid akk lak ;)
teringat time lea masuk pertandingan choral speaking ni....hihihihi.paling lea ingat bila bunyi lembu moooooooooo. hahaaha
i still remember it as though it happened yestrday...first time join choral speaking...hehe best best!
pernah gak masuk choral speaking ni dulu.. memang best + happening.. tambah2 bile ade solo nye part tu.. miss the moment already ^^
takpelah t.mnang t.de rzki...jgn frust hokeh. timba pnglamn dulu ;D
ololo nk cubit pipi bleh?
mgajar skoloh mano?
dok mano?
olohhh byok nyo tanyo...jange maghoh neh
Post a Comment