Assalamualaikum..
Semoga petang ini petang yang indah buat semua.
Di sini saya nak kongsi beberapa fakta menarik tentang kelahiran.
Mungkin ramai yang sudah sedia maklum tapi mungkin juga masih ada yang tak tau kan?
10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN
1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka.
Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.
2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz
normal untuk menampung kandungannya.
3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.
4. 80% wanita mengalami sindrom "Baby Blues" semasa 2 minggu terawal
selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.
5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses
bersalin bermula. kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila
mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.
6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del.
Tetapi semasa bersalin, ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang
bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.
7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad
baginya.
8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi
wanita itu.
9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.
10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala
menunaikan haji.
Sayangilah ibu kita
sumber:FB
13 comments:
besar pengorbanan wanita.
menarik kak
kira bangga jadi wanita ;)
menarik....
besar pengorbanan ibu kita kan kak. tapi lea belum lagi merasa pengalaman ini....:(
cam ni memon nak bersalin lagilah. setuju ngan delarocha : )
Indahnya menjadi wanita... bersyukurlah!
subhanaALLAH..besarkan pahala wanita yang mengandung dan melahiran ank..
masyaAllah... ni lah pahala yg patut dikutip oleh kaum wanita kan.. nak nya bersalin lagi..
dua anak ni, pecah air ketuban lepas bangun pagi.. masa mula2 anak pertama, terkejot ingat kan tak sempat buang air.. rupanya air ketuban..
menarik betul fakta2 tu.. kre power r pompuan bersalin sebab leh tahan kesakitan sampai camtu sekali.. pompuan memang kuat
Terus terasa nak peknen lagi kak..hehe. Doakan yer..
bangga menjadi seorang wanita...lebih2 lagi dapat kurniakan anak..
Assalamualaikum Cikgu ..
Saya mohon share untuk di panjangkan..
Terima Kasih.
@Deru Ombak: wslm..silakan.
Post a Comment