Baru tadi kami baru balik dari Tok Bali..pegi beli ikan, sotong dan udang..
Ok tadi semasa beli ikan, makcik yang jual sayur sedang bercerita kisah seorang ibu yang singgah di situ. Katanya, ibu (entah dengan sapa lagi) tersebut datang beli ikan dan pada masa yang sama anak lelakinya yang berumur 13 tahun, pergi ke tandas di depan pasar tu. Sebaik selesai beli ikan, mereka terus pergi tanpa si anak.
Menyedari yang ibunya tiada, budak lelaki tersebut terus berjalan ke jalanraya.
Tak taulah sejauh mana dia berjalan sehingga ditemui orang di situ.
Dia menangis. Bila ditanya nombor telefon ibunya atau keluarganya untuk dihubungi, dia jawab tak tau. Rasa macam tak logik pulak budak tingkatan 1
tak ingat nombor telefon mak atau ayahnya. Katanya ibunya dalam perjalanan balik ke Kota Bharu.
Cuma saya tak sempat nak tanya makcik tu apa jadi dengan budak tu tadi sebab kami terpaksa bergegas pergi.
Terfikir jugak saya, macamana la mereka boleh tak perasan budak tu tak ada
semasa dalam perjalanan tu. Kalau pun baru perasan, tentu mereka tak jauh dari pasar tersebut dan pada masa yang sama akan berpatah balik untuk mengambil dia. Tapi waktu makcik tu cerita dah agak beberapa jam kejadian berlaku. Kalau mereka berpatah balik secepat mungkin tentu tak mengambil masa yang lama. Tiada juga kelibat mereka datang mencari semula.
Betul ke si ibu tertinggal budak lelaki itu atau sengaja ditinggalkan?
Hmmm...apa sebenarnya berlaku? Wallahuallam.
14 comments:
balik kg ke?
pelek...memang pelek..tak kan tak tau no hp mak dia kan
@kasihredha:Tak kak, saya memang duk kawasan Jerteh.
itu namanya tingal tanda tanya bak kata ella kak! hehe
@gomok:A'ah tepat sekali!:)
ish.. mmg sangat pelik.. entah apa agenda atau masalahnya ye.. semoga budak itu selamat hendaknya..
erm? kot memang sengaja.. tapi entahlaa.. hanye mereka yang mengetahui kan?
kalau di tggalkan, kasihankan budak tu..!
tapi ape yg akak ckp semuanya betul, kalau dah sedar salah seorg xde, msti cepat2 gegas balik.
ni tidak..hasih..! mcm2 kan sekarang..
Assalamualaikum Cikgu.
Kalau Cikgu pelik, kakya pun pelik. Kalau budak tu x ingat no. Tipon Mak dia, kurang sikit pelik, yang pelik sgt2 boleh tertinggal anak. Tak kan tak perasan sebelum bertolak balik Kota baru.. Hurmm..
tanya sama pokok...hehe
kisah benar yang macam tak logik je...
eh eh.. ngapa cenggitu? harap2 takde apa2 yg serius...
sy penah kne tinggal kt stesen minyak
stesen bas...3 kali... T_T.Mak bpak sy lupa sy ikut....sbb selalunye sy dok asrama..sedih kot kne mcm ni..rase mcm anak angkat pun ade U.U
@mulan: tak tau nak pikir la pulak.
@Liselle: eh! biar betol!! siannya.
peliknya...
Post a Comment