April 2, 2011

LaGi LaGi EPaL

Intro..sebiji epal hijau yg
 dipetik dari kebun google

 Assalamualaikum..
Pertama tama sekali saya nak bagitau korang yang
entri kali ni takder kena mengena dengan tips
 untuk kuruskan badan dengan memakan epal hijau ataupun
nak citer pasal khasiat epal hijau mahupun merah k.

Pasal lainlah!
Baru jap tadi saya tengok Vlog Ben Ashaari  
bersama Maria Elena yang cute cun melecun tu.
Juga bukan nak citer pasal dorang..
Yang tu terjah sendiri ek?
Bila jumpa nama Maria Elena, teringat pulak
housemate saya masa study dulu,
namanya Elena (American).
Sebut nama Elena, 
saya ingat epal hijau..
kenapa ya?
jap saya citer.

Selain makan epal hijau begitu saja, 
saya suka juga makan
dengan kicap belacan macam makan collek mangga.
Tau tak collek?? 
Tak tau tanya orang klate Tganu k.

Berbalik pasal kawan saya Elena, dia suka sangat makan
 epal hijau ni, tapi mesti makan dengan benda ni..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

dari kedai goole gak

Ha'ah..epal hijau makan dengan peanut butter!
First time la jumpa orang makan gini.
Saya pun cuba try test.
Ermmm..nak tau rasa camana?
Try la sendiri ek?

Ini pulak sekadar hiasan sebab nampak
cantik, juga dipetik segar dari
ladang google :)

13 comments:

Kalamhati said...

errr sodap ke?huhu keno try jugok ni..

whitecappuccino said...

@Kalamhati:sedap jugok dgn epal yg masam lawan dgn peanut butter hok manis tu..,citarasa masing2.

Shafiq said...

Sedap ke makan macam tu akak?

whitecappuccino said...

@shafiq:try ler nak tau sedap tak :)

intan.maisarah said...

enak ke?

kiz said...

ler...baru panfang epal hijau ingat masam..ingat masam..terliur sudah..adeh laa..

norh said...

ho ho..epal & peanut butter? belum pernah cuba...
selalu mkn epal dgn kuah rojak je..

whitecappuccino said...

@intan:try ler
@kiz:a'ah..terasa masam2 nih
@norh:a'ah biasa gak tu

Emilia Emira said...

sedapnye colek mangga...urghh rndu!lame xmkn...;(

♕ Mr.IX ♂ said...

tetiba terliur dengar collek...huhu

ïêmå å¢klê§ said...

jangan mabuk kepayang sudey..
hihi

Nieza said...

wah menarik tu...tak pernah cuba lagi tu..saya suka mkn ngan serbuk asam boi..hehe

Hanis Azla said...

tak terbayang rasanya kak.. tp lain org lain seleranya kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...