April 29, 2011

UnDeRcOVeR BoSS

Lusa Cuti Hari Pekerja..seronokkan dapat cuti extra ni,
maklumla bila dah kerja terasa nikmatnya bila dapat cuti 
walau hanya sehari.

Tengahari tadi saya sempat menonton
"Oprah Winfrey Show"
yang mengisahkan boss  atau orang tertinggi
 dalam sesebuah syarikat besar /gergasi seperti  CEO 
(CEO of 7-Eleven, CEO of Waste Management Company)
menyamar jadi pekerja biasa dan turut sama membuat
kerja2 seperti mengutip sampah dan mengemop lantai
 untuk melihat dan mengetahui
keadaan sebenar bagaimana  pekerja bawahan bekerja serta
menyelidik masalah2 yang dihadapi oleh mereka.

Penyamaran selama seminggu telah memberikan
gambaran  dan input yang amat berguna kepada mereka
kerana mereka dapat melihat sendiri bagaimana
pekerja bawahan mereka ini begitu gigih bekerja demi
memajukan syarikat mereka.
Apa yang lebih membuat mereka terharu  dan kagum ialah ada antara
pekerja mereka yang mempunyai semangat yang tinggi
dalam menjalankan tanggungjawab mereka walaupun 
mereka mengidap penyakit kronik.

Hasil dari penyamaran tersebut, boss2 ini telah mengambil langkah
yang positif ke arah penambahbaikan mutu perkhidmatan syarikat
dan kebajikan pekerja bawahan mereka.
Ganjaran yang tertentu seperti kenaikan pangkat juga diberikan
kepada pekerja yang benar2 berwibawa sebagai menghargai
usaha gigih mereka.

Rasanya ada tak CEO atau big2 boss korporat kat tempat kita
sanggup turun padang buat macam ni?

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Sambil layan tv tadi saya sempat
masuk dapur menyediakan hidangan berikut..
almaklumlah, hari kerja asyik2 beli lauk siap, balik masak nasi,
tak pun tergolek ikan goreng ajer sebagai lauk.
layannnnzzz!


Nasi Goreng
Spagheti Bolognese
Jemput2 Ikan Bilis tengah digoreng
Close-up jemput2 hehe

Mood rajin sekejap selepas beberapa hari penat
dan sakit kepala dek cuaca yang panas..
Ok!!  

12 comments:

ewanthology said...

confirm takde CEO kat malaysia ni nak wat camtu, main golf lagi bestt

Unknown said...

karipap satu..wah!undercover boss,tajuk hot je kan.hehe

padlie said...

pengarah saya dulu suka turun padang..
cuci longkang sama2.. potong rumput sama2..

cuma kadang2 terpikir, ni tugas pegawai ke? tp pengarah buat, pegawai kena buat la..

bagus la untuk tahu kesusahan org bawah kita

Farah Shamsudin said...

wah! sedapnya tu..

Shafiq said...

Bagusnya ketua macam tu..:-)

Henry Zackery said...

waahh.. membuka seleraku :)

Payudara Kecil ?? Aku Boleh Tolong Besarkan

Akmall Razlan said...

Kak WC...firstly nak ucap tahniah dan selamat bercuti...Wah2..cuti sakan kan..tak g mana2 ke?

then..nak ucap thanks bub kak WC adalah salah seorang pengomen yang paling banyak dan best..cuma tu lah.takde pepe lah..mcm ayuni buat...heheh..

thanks.

Mohd Hazwan said...

kalau semua CEO macam tu kan bagus..
btw semala ada gak buat cucur ikan bilis tapi tak berapa nak jadi haha..biase la..lelaki yang buat

Cikgu Fonik said...

salam,

dengar kata ada kejutan di hari pekerja ini, apa ya?

NUR :All IN ONE said...

Wc.
Maybe Ada segelintir sahaja bos yg sanggup buat camtu kat Msia ni. Bukan undercover la.. Mcm padlie punye situasi tu.
- suka gak nengok harpo's tu
- blm breakfast ni tegode plak ngan spageti sama nasi goreng tu.

aKu ZaHaa said...

payah nak cari CEO nak turun padang....tau mengarah adalah...yg mereka untung, untung, untung tapi bila hujung thn x untung....faham sangat dah, naknya bangsa yg berkulit cerah tu....:(

Sham said...

selamat bercuti...bukan senang nak dapat boss terbaik camtu woo...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...