March 24, 2012

AnaK2 HarTa KiTa YanG TaK TeRniLai

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Hari sabtu yang cerah ..hujung minggu buat sebahagian rakan2 di sini.
Namun hari ini, kami ke sekolah untuk cuti berganti TBC yang lalu..
Macam biasa la bila sekolah hari sabtu macam tak der mood jer
tapi masa cuti hari tu bukan main teruja sekali kan?


Mood berkurangan hari ini sebab dilanda selsema lagi
berserta tekak yang perit ditambah dengan kepala pusing..
Tangan pula asyik menarik tisu dari kotak..


*************************************

Kebelakangan ini fenomena remaja lari dari rumah semakin berleluasa. 
Bukan masanya untuk kita menyalahkan mana2 pihak bila berlakunya kes2 sebegini.  Namun bagi pihak ibubapa sendiri perlu memainkan peranan utama dalam membentuk sahsiah anak2 bagi mengelakkan kejadian seumpama ini.

Sebelum kita menuding jari kepada pihak2 tertentu, perlulah kita kaji semula antara peranan kita sebagai  ibubapa.  

Sebagai ibubapa:
@anak2 perlu diasuh dan diberi didikan agama yang sepatutnya sejak kecil lagi supaya mereka tahu menjaga batas2 perlakuan mereka serta tahu membezakan mana yang baik dan sebaliknya. 

@tegur mereka seandainya cara berpakaian mereka tidak sesuai dengan persekitaran, maksudnya mereka perlu berpakaian sopan tak kira di mana mereka berada.  Sebilangan ibubapa seolah2 tidak langsung prihatin dengan cara pemakaian anak2 terutama sewaktu mereka keluar rumah. Walaupun berada dalam rumah, cara pemakaian anak2 remaja perempuan juga perlu dititikberatkan kerana adik beradik lelaki dan bapa juga tinggal bersama. 

@seboleh2nya hantar dan ambil mereka apabila mereka hendak ke mana2   bersama kawan mereka. Jangan biarkan mereka keluar bersendirian. Juga perlu tahu ke mana tujuan mereka. 

@kenali siapa rakan2 atau dengan siapa mereka bergaul.

@tentukan masa bila dan sepatutnya mereka boleh keluar dan bila waktunya  mereka perlu berada di rumah.

@mendidik anak2 tidak semestinya menggunakan pendekatan yang keras.  
 Ketegasan perlu ada supaya mereka tahu sekiranya mereka melanggar  
 peraturan mereka akan menerima akibat dari perbuatan mereka.  

@Menegur anak2 dengan cara lembut tapi tegas bukannya asyik meninggikan 
  suara setiap kali kita menegur kesalahan mereka.

@bersikap bertolak ansur dengan mereka dalam perkara2 yang difikirkan perlu.

@sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka.


Tidak dinafikan sebilangan yang mendapat didikan agama  sepenuhnya dari kecil tapi masih tersasar kelakuan mereka, macamana? Walluallam, sekurang2nya kita telah berikan apa yang sepatutnya diberikan kepada mereka.

Apa yang dipaparkan di sini hanyalah sebahagian dari langkah2 yang sewajarnya kita ambil demi kebaikan  mereka. Semoga dengan usaha kita ini sekurang2nya kita sama2 membantu ke arah kesejahteraan anak2 serta keharmonian keluarga kita khususnya. Insyaallah. 









12 comments:

a.samad jaafar said...

suasana pada hari ini, pengaruh rakan sebaya terlalu kuat..kesilapan dlm memilih kwn seringkali menjurus kepada tingkahlaku remaja yg tersasar..

Amie said...

Assalamualaikum WC,
kalau selsema ni...best betul dapat lelapkan mata setelah telan ubat. Rehatzzzzzz.......
Ibu bapa memang perlu lengkapkan diri dengan pengetahuan ilmu keibubapaan.

Hanis MY said...

risau betul dengan kes2 yg bermacam jenis skrg ni,... banyak pengaruh sekeliling huhu...

Aine Ainun said...

Setuju...

Cabaran utk ibu bapa lebih hebat pd zaman ni. Sbb tu perlu melengkapkn diri dgn ilmu dn agama, supaya bila trjadi sesuatu, ibu bapa lebih kuat n bijak menangani,,,

Unknown said...

betul2...tu la dont push them away kalau masa kecik2 dorang nak bercakap ngan parents.sekali dua dipush,dorang akan pikir,apa guna bincang ngan parents kalau asyik tak kene layan...

kurus said...

setuju kak
kita ibu bapa memang kena lengkapkan diri dlm mendidik anak2 ..
tidaklah bila anak buat salah , kita marah sedangkan dulu kita masa muda ya tuhannnnnnnnnnnnnnnnn maha degil ;)

Korn Ahmad said...

tips2 yang bagus untuk di kongsi even belum bergelar bapa, utk pengetahuan sbg org umum kan...

Dr K said...

Cabaran mendidik & menjaga anak pada zaman ni makin besar...dan kita pun kena jadi 'kesah' sesama kita, sama sama menjaga anak jiran/kawan kita..

Anonymous said...

Blogwalking sini! ♛ Mr.Ix ♂ komen ║
lagi satu jangan membandingkan anak kita dengan anak org lain atau antara adik beradik.....nnti pilih kasih lak...

Unknown said...

u!u!apa khabar harini?heee~

Deru Ombak said...

Assalamualaikum Cikgu.

Anak2 yang bermasaalah ini merasakan dirinya kekurangan kasih sayang. Ibu bapa pula terlalu sibuk.

Cukup Pakai, cukup makan, cukup belajar tak bermakna cukup dalam erti kata kasih sayang Dan keharmonian sesebuah keluarga.

Bila anak2 sudah mula rasa terpinggir, mereka memberontak dgn membuat perkara2 yang tak sepatutnya. Semata2 untuk mendapatkan perhatian..

Unknown said...

anak2 permata yg sgt berharga =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...