March 10, 2012

BeTaPa BeRaT MaTa MeManDanG BeRaT LaGi BaHu YanG MeMiKuL 1



Selamat Hari Sabtu dan selamat bercuti buat yang bercuti.


Sewaktu blogwalking membalas kunjungan
kawan2 semalam , saya terbaca tentang 
The Protector Not The Abuser di blog
Mr Clive.


Bila baca entri tersebut teringat kisah
sedih yang dialami oleh salah seorang rakan setugas saya yang
baru bertukar ke sekolah saya tahun lepas disebabkan
tidak tahan dengan perangai suaminya yang
kaki perempuan dan langsung
mengabaikan tanggungjawabnya sebagai
seorang ketua keluarga, suami dan ayah.


 Dia juga sering menjadi mangsa
pukul suaminya (di depan mata anak2).
 Sekarang mereka telah bercerai jadi
tibalah episod yang agak perit kepada si ibu
kerana segala tanggungjawab terutama dari segi 
kewangan, belanja rumah dan anak2 (seramai 6 orang) terpaksa 
ditanggung 100% olehnya. 
Si suami langsung tidak mahu 
bagi duit sesen pun untuk mereka.


Padahal seperti yang diceritakan olehnya, sewaktu
bersama dulu pun segala bil2 utiliti dan belanja rumah
dia yang bayar. Suami banyak habiskan duit untuk
perempuan lain,betapa bangga si suami berkepit dengan
perempuan lain yang juga dapat dilihat oleh anak2.
 Malah bila bercerai, harta sepencarian pun
si suami mahu kawan saya bayar balik kepadanya
sebab katanya si isteri yang minta cerai.
(Tuntutan nafkah dan harta sepencarian
 masih lagi dalam proses)


Kawan saya sendiri akui mungkin juga silapnya dulu
kerana dia tak kisah dan tak pernah minta duit dari suaminya bila
suami lepas tangan begitu.


 Walaupun amat perit untuk dihadapi namun dia
lega kerana sekurang2nya dia
telah terlepas dari penderaan fizikal dan mental.
Yang penting semua anak2 ada bersamanya.


Memang banyak kisah sebegini berlaku dalam masyarakat
kita tapi bila berlaku kepada kawan kita yang terdekat,
saya rasa benar2 terharu.
"Betapa berat mata memandang, berat lagi
bahu yang memikul"
Itu katanya kepada saya.


Ikuti kisah selanjutnya dari pandangan anak sulungnya 
yang juga pelajar saya di entri seterusnya.





9 comments:

Daddylicious said...

mmg ada lelaki yang kepalanya 'sakit' begitu...

Kalamhati said...

huhu takutnya kalu dpt suami mcm tu..nauzubillah

ZWAN SABRI said...

kuwangjaq betoila laki dia tu.. HUHU

Deru Ombak said...

Assalamualaikum Cikgu.

She did the right things, eventho she took a long time to step out.

Unknown said...

firstly,this is exactly my point masa tulis post tu.
sebab banyak kisah2 gini yang kite baca tapi banyak jugak kisah2 yang kite xtau tapi berlaku...kesian kat anak-anak.tak leh nak hidup normal mcm anak-anak yang lain...

Mulan said...

topik ni kami tengah nak bincang kat surau.. tapi ustaz yg ada kata dia tak pakar bab2 ni tapi kata dia bab2 ni sangat penting untuk hak sebagai isteri..

Deru Ombak said...

Mr. Clive.. U r not totally correct. I don't agree with you that children cannot live as normal as other children. I already proved it. And syukur Alhamdulillah. Allah sentiasa menyebelahi saya yang sabar.

Shafiq said...

Tak mahu jadi suami macam tu..

sal ya said...

lepas tanggungjawab kat dunia ni tak apa lagi. kalau di sana nanti memang takkan terlepas punya la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...