Assalamualaikum..
dah dua hari tak update blog..
banyak sangat things going on at school..
macam2 majlis yang akan berlangsung,
bermakna persiapan pun macam2 jugak..
minggu ni dan minggu depan penuh dengan majlis.
Sebenarnya ada perkara lain yang nak dikongsi di sini.
Terlebih dahulu saya mohon maaf kalau entri ini akan buat
sesiapa teremosi..bukan nak memihak kepada sesiapa,
tapi mungkin ada sesuatu yang boleh dijadikan renungan bersama.
Alkisah seorang rakan saya tiba2 demam panas beberapa hari sebelum cuti sekolah baru2 ini. Setelah dia kembali bertugas 3 hari selepas sekolah dibuka semula, barulah kami tahu apa yang sebenarnya terjadi kepadanya. Rupa2nya dia telah dijangkiti kayap di paha. Pada mulanya dia sendiri tidak tahu yang dia dijangkiti kayap selepas beberapa hari demam. Dia ke klinik kesihatan kerajaan dan setelah disapu ubat, keadaannnya bertambah teruk. Rupanya dia telah diberi ubat yang salah. Kayapnya tambah sakit dan bernanah.
Dek kerana kesakitan yang tak tertanggung, kawan saya pun bergegas ke Unit Rawatan Kecemasan hospital daerah pada pukul 4 pagi bersama adiknya yang baru sampai dari Keluang Johor pada pukul 2 pagi. Emaknya juga berada di wad di hospital lain.
Sewaktu proses rawatan dijalankan, kawan saya menangis sebab sakit sangat2. Katanya bahagian yang bernanah, terkopak kulit dan berdarah kerana doktor membersihkannya dengan kasar..wallahuallam. Sambil tu doktor bertanya kepadanya,
"Kenapa datang masa ni (pukul 4 pagi)"?
"Awak, tak boleh tunggu pukul 8 pagi esok ke? "
Kawan saya yang lembut ni diam saja menahan kesakitan,
namun adiknya yang kepenatan baru sampai dari jauh tu terus berkata,
"Doktor tak payah banyak tanya la, doktor buat jer kerja doktor tu,
saya pun government servant jugak!"
Doktor tu lantas diam sambil meneruskan tugasnya.
Selepas beberapa ketika, doktor bertanya kepada adik kawan saya,
"Awak kerja apa?"
Dia jawab,
"Saya Pegawai Penyelidik Mardi, government servant macam doktor jugak."
Doktor diam tak berkata apa2.
Kawan saya dimasukkan ke wad di situ selama dua malam tapi keadaan dia bertambah serius dan terpaksa dirujuk ke HUSM (dihantar dengan ambulan) dan sekali lagi ditahan di wad selama lima hari untuk rawatan insulin 5 kali sehari. Oh ya, kawan saya dan adiknya, perempuan.
16 comments:
kesian nye xptt mereka buat mcm tue boleh bwk ketengah kes nie.....
suruh kawan akk buat aduan dan boleh jadi kes polis
dan die boleh saman klinik yg bgi slh ubat tue.
budi bahasa budaya kita
kalau tak sanggup nak rawat pesakit 24 jam, jgn jadi doktor! doktor2 ni kekadang bodoh bebal walaupun dikurniakan otak yang bijak! tak pikir langsung pasal kesakitan dan penderitaan orang lain.
doc muda ke tua tuee? kene perli macam tue baru dia berakal sikit..geramm laa..kene tgk standard jugak ke kalau nak ubatkan orang..teruklahh kan?
tu ar kan
napa la kena sikap camtu (sesetengah)
tak cukup tido kot???
ENTRY HOT : 2+1
selalu dengar cerita macam ni.. rasa mcm teraniaya pula.. kesian kwn akak tu..
salam petang nur...sedih tentang sakit kawan nur tu..menahan beberapa hari, nyampah tengok sikap doktor yg belagak cam tu..bagus sikap adik kwn nur tu,,,menyedarkan sikap doktor, ingat die sorang ker berpangkat....aduiiii negara makin maju etika keja di takuk lama...
Ada ubat utk kayap ni ciknor..ambik kulit batang petai asah di pasu..asah biar pekat sikit..tempek jangan balut..sama sedas je sembuh ciknor..
takpun getah ara..tp senang kulit pokok petai kot nk cari
@Kalamhati: tima kasih yati..ciknor akan ingat ni.
@mommylavender:ye la mommy tapi harap tak ramai la macam dia.
@Hanis Azla:memang dah banyak kes jugak kan?
@noa: entah la noa..yer kot
@lalink7: ala..lupa lak nak tanya tapi rasanya mude
@Seksi Bani:tu la..tak tau dah nak cakap apa
@Kiz: setuju sangat
@nuhara: dia malas nak panjang2 kan cerita.
pernah report MA yg bersikap kasar masa bertugas.. Kena hantar kursus dan buat surat tunjuk sebab kedua-dua MA tu... Ye la, kena layan patient ngan baik, dah tu tugas kita.. Tanak buat, sila letak jawatan..
Entry terbaru padlie: Penceramah yang dah lama tak berceramah
boleh lah dr wat camtu kan.. camtu baik xyah jadi dr.. dah memang tugas dorang 24/7 time je r
saya dan suami pun pernah sound doktor yg kerek mcm tu...padan muka terus terdiam...huh!!
mcm mana keadaan kwn akak sekarang?
kesian kat dia...
siannya cik nor..
hrp cpt sembuh kwn cik nor yer
nak kena ketuk kepala doktor tu...!kureng asem betoi...!
Kesiannya.. Tak patut kawan akak dapat layanan macam tu..
salam
makan gj buta la tu..menyampah...semoga kwn tu cepat sembuh yea.
Post a Comment