Hari ni saya tiba2 teringat kisah yang berlaku kepada dua orang housemate saya sewaktu kami tinggal menyewa di Bandar Tun Razak dulu. Pada suatu hari kawan saya yang dua orang ni keluar ke KL maklumlah hari tu hujung minggu.
Setelah hampir petang mereka berdua sampai di rumah sewa kami dalam keadaan cemas dan salah seorang daripada mereka tangannya lebam2.Saya yang terkejut dengan keadaan mereka terus bertanya apa yang terjadi sebenarnya.
Rupanya mereka telah diragut! Ya! mereka telah diragut oleh dua orang pemuda yang bermotosikal dalam perjalanan balik ke rumah dari bas stop. Malah kejadian itu berlaku lebih kurang 400 meter dari rumah sewa kami. Katanya, sewaktu berjalan mereka perasan ada motosikal yang berpusing2 tempat mereka berjalan dan tiba2 menghampiri mereka. Salah seorang dari pemuda tersebut terus memegang tangan seorang kawan saya dan cuba menarik gelang emas yang dipakainya. Kawan saya meronta2 namun pegangan lelaki tersebut agak kuat dan gelangnya dapat diragut oleh lelaki itu.
Mereka menjerit meminta tolong tapi mungkin sebab semua orang berada di dalam rumah mana nak dengar jeritan mereka. Selepas dapat gelang mereka cuba rampas beg tangan tapi sebab mereka buat bising, terus pemuda berdua tu cabut.
Saya tanya mereka masa tengah bergelut tu dorang tak lawan ke? mereka cakap, "Lawan! saya pukul orang tu". Saya tanya balik, "Pukul dengan apa?" Kawan saya jawab.....
DENGAN....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Ya! dengan BURGER DALAM PLASTIK!!!
padahal yang sorang lagi pegang PAYUNG !!
Nak buat macamana kalau dah panik.
Payung ada tapi terlupa nak guna, burger pulak yang main peranan.
Kesian kawan saya tu..habis tangan dia lebam2 dan gelang dia dikebas.
Hadiah dari suami dia pulak tu. Tapi syukur mereka tak cedera teruk.
16 comments:
kalau sy pun, mesti tergamam gak..
ahahadeh nak gelak gak tho citer ni citer yg menyedihkan..
huhu burger tu punya pasal la saya tergelak smpi kuar airmata..
betul tu ciknor..
teringat masa wallet saya kena copek masa blaja dulu, member sy yg ada ilmu silat cekak tu terlupa nk guna masa pencopek tu lalu depan dia ngan motor walhal dia bleh je tendang motor org tu biar terbalik..huhu panik punya pasal
apew pon ta bole kalo da pinik
next time, hati hati
sabar jela.. nak buat macam mana, dah panik..:-)
kalau kena ragut memang panik
nor dulu pun penah rasa
ngeri aje dengar... Saya pun pernah ada pengalaman macam tu.. mmg waktu kena kita jd blank nak buat apa..
salam
erk...kurang ajar betul peragut tu....ingat kisha kena ragut dulu...fobia lagi..
aku simpati ngan kawan ko tu
tapi.....aku nak gelak leh tak, tak tahan ar, boleh la boleh la, gelak sikit jek, boleh ek :p
ENTRY HOT : Hari Ini Dalam Sejarah
hahaha..rasa lawak pulak..hehe
takut dengar kes ragut sekarang ni..
p/s perlulah letak gmbr burger tuh..bikin lapar je la
kalau tgh panik mmg xsempat nk pikir ape..
tp nasib baek kawan wc xjadi pape...
bila teringat balik mesti korng gelak guling2 kan...
haha..
mesti korang gelak guling2 bila teringt balik..
haha...
nasib baek xjadi pape kt kawan wc..
nsib baik selamat..takut pulak mina...
tp pukul dgn burger tu....hihihi...lwk jgk...
nk buat mcm mne kan...hehehehe...
rs geram ngn peragut ni...xde keja laen ke????p laa ragur rumput ke hape lg elok kot...
memang cemas betul r tu sampai payung yang di pegang pun leh x sedar.. ish ish
Post a Comment