March 5, 2011

TeRaTai MeNJeLmA

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bunga teratai (waterlily) dan  seroja (lotus)  merupakan antara bunga yang sangat cantik dan saya kagumi selain bunga ros dan orkid. Tanaman air ini amat unik dan hidup subur di air yang berlumpur. Perbezaan antara teratai dan seroja yang jelas kelihatan ialah, daun dan bunga teratai biasanya tumbuh di permukaan air manakala seroja mempunyai tangkai bunga tegak dan bunganya tidak mengapung di permukaan air.

Teratai yang terdapat di kawasan tropika berasal dari Mesir. Pada zaman Mesir kuno, teratai dan lotus banyak tumbuh di tebing Sungai Nil. -sumber Wikipedia.

Teratai (waterlily)-google image

Pokok seroja saya dah banyak kali juga berbunga semenjak ditanam beberapa tahun lalu. Dari pemerhatian , saya dapati kalau tak dibubuh baja, pokok ni tak akan berbunga. Empat hari lepas saya tengok pokok seroja saya berbunga lagi tapi belum kembang sepenuhnya..Sebelum saya lupa atau sebelum kelopak bunga ni gugur, saya ambik peluang snap bunga yang belum kembang ni.

seroja atau lotus


Bila cerita pasal teratai teringat pulak lagu "Teratai Menjelma" nyanyian Allahyarham Sudirman. Melenggok-lenggok mendayu- dayu ...

video


Tiada ku sangka bunga Teratai
menghias suri nyawa seri mahligai
Bunga Seroja dalam impian
ingin mencapainya sayang
tangan tak sampai......


Bunga Teratai oh sayang
datang menjelma pula
tiada berbau di halamanku
Datang menjelma....menawan hatiku
mempersonakan di sanubari.....


Teratai menjelma.....menawan hati
lalu kupetik , kubelai , kucium berkali-kali
lalu kupetik , kubelai , kucium berkali-kali......


Bunga Teratai mulai jiwamu
Mekar berkembang dipangkuanku
Lemah dan longlai berseri-seri
Mengikut alunan menyuai diri.....


Bunga Teratai oh sayang
datang menjelma pula
tiada berbau di halamanku
Datang menjelma....menawan hatiku
mempersonakan di sanubari.....


Teratai menjelma.....menawan hati
lalu kupetik , kubelai , kucium berkali-kali
lalu kupetik , kubelai , kucium berkali-kali......
lalu kupetik , kubelai , kucium , cium berkali......

12 comments:

Ayuni said...

wa.....lagu lamer....

kiz said...

teratai layu di tasik madu..wah lama tak dengar lagu sudir tu..

Cikgu CTE said...

oh. teratai bunga indah.... teringat lagu ramli sarip...

lagu sudirman tu memang best..

Siti Safiyyah said...

ohh itu rupenye bunga seroja tu..heh first time tengok..;p


psstt : Keputusan PRK N27 dan N28

Radzkylini said...

sudirman dalam kenangan... ;')

Shafiq said...

Pergh, lagu sudirman tu! :-) Sy ske!

wahida said...

suka lagu ramli sarip tu...

cikgu ct said...

suka juga dgr lagu ni

jomsantaisekejap said...

bila cakap pasal teratai ni, sukar nak menggambarkan keindahan satu2 bunga ni...
bila cakap pasal Allahyarham Sudirman ni, sukar nak menggambarkan sesiapa yang dapat memghiburkan kita sebagaimana yang dilakukannya...

♥ Princess ♥ said...

suka sgt2 bunga..xkisah la bunga apa2 pun...yg penting ia bunga..sangat suka!!!

sezenne said...

best sangat lagu teratai menjelma-arwah sudir memang best bila nyanyi terutama lagu yang berlenggok lengok cenggini...tapi sedih bila dengar sbb dengar suara tapi tuannya sudah lama tiada,al fatihah

Anonymous said...

Assalam..nak tanya kat mana nak cari pokok lotus/seroja ni? barapa rm yer kalu nak beli? Senang nak jaga tak?- nurulain2@yahoo.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...