Assalamualaikum dears!
Tajuk macam kondem diri sendiri je nih..
Memang betul pun kata kat diri sendiri,
Lagipun tak baik kata kat orang lain macam tu kan?
Kenapa padan muka saya??
Semuanya gara2 nafsu selera saya yang
tak dapat dikawal ..
Ok, begini citernya..
Pagi2 kelmarin saya breakfast kat kantin sekolah,
Tiba2 rasa sedaaaaap sangat tekak ni kalo dapat minum teh tarik..
Dah lama tak minum sebab perut saya tak dapat terima teh susu.
Teh 'O' tak pe pulak.
Kalo minum teh mesti saya akan
menderita sakit perut yang dahsyat (gastrik).
Tapi kali ni dek nafsu " NAK JUGAK" begitu menggila
hingga sanggup mengenepikan kemungkinan akibat
dari tindakan ini saya pun,
dengan bangganya mengorder "Teh tarik kaw satu!"
Wah! nikmatnya bila teh tarik yang berbuih itu
melalui tekak saya.
Ok....dah minum dan makan..
so far so good!
Tengahari pulak saya ke padang menyaksikan
sukan MSSD yang berlangsung di sekolah saya.
Biasala..kat padang pulak macam2 gerai jualan.
Saya nampak
Dalam keadaan panas terik gitu..sedap jugak pekena air cendul!
apa lagi, tanpa teragak2 lagi terus beli.
pada masa yang sama jugak,
saya beli
Maka, dengan gumbiranya, saya pun menyelesaikan tugas
yang begitu senang dan best ini dalam waktu yang singkat.
Namun, tak berapa lama selepas itu,
kombinasi minuman dan makanan diatas
mula memainkan peranan.
Rasa itu mula datang...
mengganggu ketenteraman awam petang saya.
Rasa yang membuatkan saya tak senang duduk..
Rasa itu menular kebahagian belakang dan
ketika itu saya tahu saya akan
menanggung kesakitan yang indah ini hingga pagi esoknya.
Ya betul sangat2! saya menanggung
akibat dari nafsu makan minum yang
tak dapat saya halang itu..
kena GASTRIK lagi!
Macam cacing kepanasan
saya menahan sakit hingga pagi.
Namun Tuhan masih kesian kat saya,
pagi tadi kesakitan itu hilang juga.
Alhamdulillah, tak nak dah
layan nafsu itu lagi.
Memang nikmat bila kita tak sakit.
Pengajaran dari peristiwa ini,
Kalo dah tahu tak boleh makan benda2
yang boleh menyumbang kepada kesakitan kita,
jangan mengada2 melanggar batasan itu.
Sebenarnya bukan sekali dua perkara ni
berlaku, malah dah beberapa kali.
Bila kena serik sekejap, janji pada diri
tak nak dah buat lagi.
Tapi bila dah ok, terus lupa kesakitan itu,
lantas mengulangi lagi tabiat tersebut
(makan/minum benda2 yang saya tak boleh makan)
Lantaran itu, janji mesti ditepati.
Walau kita berjanji kepada diri kita sendiri.
Ok2! saya janji tak nak dah..
Tak larat la menanggung sakit dari siang
ke malam sampai pagi..PERIT!!
PADAN MUKA AKU!
*Semua gambar di atas adalah ihsan google image
11 comments:
hm, take care...
Kesiannya.. Sabarla ek akak.. Bawak berehat. :-)
@Ayuni & Shafiq: tq..alhamdulilah, dah okay pun.
tuku teke balik pintu...
budak degil memang begitu...
lain kali kena kuat iman ye..huhu...
tukar selera ke?huhu..dah jemu dgn capuccino?
@Sham:org tua degil yg payah ni..:)
@delarocha:cappuccino tetap no 1 tapi sekali sekala nak gak rasa yg lain..
sapu je selagi boleh..tak mo pantang2..dah sakit baru stop..boleh ke tak per tu..?
@kiz:kes sapu la jadi cam ni..
biasa mcm tu kak.. masa dah sihat jd lupa semuanya.. tp bila sakit barulah pandai nak buat janji baru kan.. harap2 lepas ni akak tak langgar janji lg.. Take care..
Padan muka ko
wei aku gurau je ni =p
take care (bodek balik hihihi)
ENTRY HOT : Cam Kerang Busuk
@nora: ye..padan muka akak! :)
@Hanis Azla: harap2 teguh pada janji.
Post a Comment