Assalamualaikum..
Kelmarin merupakan hari yang padat dengan majlis dan aktiviti
menyebabkan saya tak dapat nak BW dan update blog ni.
Di sebelah pagi telah berlangsung majlis penyampaian hadiah dan
mesyuarat Agung PIBG di sekolah. Saya dan beberapa orang rakan telah
terlibat dengan persembahan pelajar iaitu Speech Choir.
Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan kehadiran ibubapa
juga amat memberangsangkan.
Di sebelah petang pula dalam pukul 2.30 saya terpaksa berada
di padang sekolah lain di mana berlangsungnya pertandingan
bola jaring peringkat daerah, menguruskan pasukan sekolah.
Dah tiga hari berturut-turut berada di padang.
Tahun ini pasukan bola jaring hanya sampai
ke peringkat suku akhir sahaja.
Berlatih pun hanya sempat 3 hari
lantaran hujan.
Balik rumah dah lewat petang, sempat berehat sekejap.
kebetulan hujan turun mencurah-curah sebelum maghrib namun
terpaksa juga meredah hujan yang lebat itu untuk ke sekolah
pada pukul 8 malam sebab saya mengajar kelas tambahan
dari 8.30 hingga 10.30 malam.
Sampai rumah dah pukul 11 lebih..
Lenguh jugak kaki sebab berdiri di padang 3 tiga hari berturut2.
Apa lagi...tido je la ubatnya.
Nasib baik kursus pengawas yang dijadualkan
petang tadi hingga sabtu
ini terpaksa ditangguhkan ke satu masa lain
sebab padat sangat aktiviti minggu ini.
Tapi dua hari ni kena siapkan marking
kertas exam TOV tingkatan empat pulak.
6 comments:
penat tapi puas hati...betul ke tak? he he
padatnya jadual akak.. harap2 hujung minggu ni dpt berehat secukupnya..
bizi sangat ye ciknor..
huhu saya dah lego sket ni..
tp minggu dpn bz balik..ado sukan pulop
@norh: betul!
@Hanis: a'ah..lega jap
@Kalamhati: biasa la yati..oh! sukan kami dah habis :)
A rest after a tiring day is what a body is really need to. :-)
sis WC ..dah lama amani tak ke sini...sowieee :(
Post a Comment