Assalamualaikum
Tujuan entri ini hanyalah untuk menayangkan hidangan
untuk tetamu jemputan khas dan guru2 sempena
Majlis Penyampaian Hadiah dan Mesyuarat Agung PIBG kelmarin.
Nak jamu selera, tak boleh... jadi jamu mata ajelah ya.
Udang Terbang?? macam lauk pengantin
Daging Kerutuk, Ayam Goreng Berempah,
Sambal Belacan dan Acar Nenas
Puding Peach
Pencuci mulut
Ok tak???
Tapi yang paling best tengahari tadi kami dijamu lagi
sebelum mesyuarat Projek SPM..
cuma tak sempat nak snap gambar.
Curik dari google ajer ya..
layannnnzzzzz!
Sambal Tempe Goreng bilis
Masak Lemak Pucuk Ubi
Ada jugak ayam goreng tapi masak lemak dan
sambal tempe goreng bilis memang
terangkat beb!!!
Minggu depan ada majlis kesyukuran lagi
sempena kecemerlangan sekolah dalam tiga
peperiksaan awam serta pertukaran dan kenaikan pangkat
GPK kami kepada Pengetua ..
TIGA ekor lembu akan tumbang untuk dijamu
kepada semua warga sekolah termasuk
pelajar seramai hampir 1600 orang.
Tukang masak??? kami semua laaaa..
gotong royong!
Muafakat membawa berkat!
10 comments:
meleleh air liur
@delarocha: sila tahan! :) oh ya, tak boleh nak masuk blog awak la..ada malware..sila check!
huhu...bukan meleleh air liur je ni..air mata pun leh kluar tengok makanan mcm ni..
Sedapnye! :-) Saya suka tempe! :-)
sdp2 belaka...puding peach bestnyerrrr
ciknor ni saje betol la..asal masuk blog ciknor jek mesti ade gambo makanan..lain kali kalo nak masuk blog ciknor, kene pastikan perut kenyang dulu..hahaha ;p
psstt : 3 Sebab SS Suka Balas Komen
salam jumaat nur, slam santai2 di hari coty..he2, cam nak nyambut menantu lak ye nur..majlis makan beradap...yg pasti sedapppp
@mommy:wslm mommy...a'ah..boleh tahan :)
@Siti:hehe..sori2! mkn dulu kenyang2!
@noor::) yup!
@Shafiq:sama la kita
@kiz: sedia tisu ek
Salam.. Erm nama WC ni Cik Nor ae.... Sedapnya juadah2 tu, sangat menggoda iman.. hehe
@nba-Nur: ya nur..WC or cik nor pun takpa..hehe.tu la asyik makn manjang.
Post a Comment