December 7, 2012

MunGKin SeBaB TaK JuJuR


Kali ni saya nak cerita satu lagi kisah kawan saya 
yang ada kedai dulu..ingat tak?

Satu hari selepas raya datang sorang customer  ke 

kedainya, juga mahu memulangkan beg yang dibelinya 
sebab tangkainya rosak. Baru 2 hari beli katanya dan 
belum digunakan lagi. Seingat kawan saya ni kalau 
dalam 2 hari tak de pulak customer ni datang ke 
kedainya, tapi tak silap dia, beg tu dah dibeli orang 
sebulan sebelum tu. Kawan beritau kakak tu yang beg 
itu boleh dibaiki dan dia boleh datang ambil dua minggu
kemudian. Kecuali tak boleh repair dia boleh ambil yang 
lain, customer ni cakap dia tak nak, dia nak yang lain so
kawan saya pun ganti yang lain.

Lalu beg tersebut dibawa ke KL untuk dibaiki. 5 hari 
selepas itu, customer tersebut datang lagi ke kedainya 
bertanyakan samada beg yang dipulangkan masih ada 
di kedai sebab ada barang tertinggal dalam beg tu, 
namun kawan saya memaklumkan ianya telah dihantar 
ke KL untuk dibaiki.

Rupanya beg boleh direpair dan elok seperti baru. Jadi 
kawan saya nak gunakan beg tu untuk dirinya saja. 
Sewaktu memasukkan barang2nya ke dalam beg, dia 
terasa ada sesuatu dalam compartment beg tu. Terkejut 
kawan bila mendapati ada 2 beg kecil (beg isi barang 
kemas). Satu beg mengandungi wang tunai RM350 
manakala satu lagi berisi barang kemas! 2 bentuk cincin,
2 pasang subang, 1 loket sebesar syiling 50 sen.
Semua  emas tulen, bukan zhulian! Nilainya? dah tentu 
lebih dari RM2000 kan? 

Belek punya belek terjumpalah salinan slip pengeluaran
Tabung Haji dan terdapat nama hamba Allah tu kat situ.
Jadi kawan akan cuba hubungi pihak Tabung Haji untuk 
mendapatkan nombor telefonnya. Saya pun tak tahu apa 
kisah seterusnya sebab cuti sekolah, tak jumpa lagi 
kawan saya tu.

Kawan cakap nasib baik sewaktu hantar untuk dibaiki,  
barang tu tak ditemui oleh pekerja yg me"repair"nya.  
Seperkara lagi andai kata beg tak boleh dibaiki dah tentu 
ianya akan jadi rezeki tong sampah dengan barang kemas 
tu sekali.

Agaknya kalau beg itu belum digunakan, orang tu letak 
tak barang kemas dalam beg tu?  Mungkin dia dah pakai
beg tu kemudian tak suka lalu diantar balik? 
(errr...tak baik bersangka buruk!)
Wallahuallam..








13 comments:

Gillette Flores said...

Betullah tu. Kalau belum digunakan, kenapa ada resit dan barang kemas :)

Takpelah, yang penting kita bersikap jujur bukan? :)

the malay male said...

Perangai customer ni mmg macam2

akmall said...

kan? menipu je, tapi Allah tunjuk dengan lebih baik.hahha

Ayuni said...

kn Allah dh balas....

MulutPayau said...

itulah kan, prangai cstmer ni macam2..
Tentu dia gelabah bila pikirkan barang2nya....

Nur-nba said...

Mujurlah dapat pada rakan akak yang jujur.. Allah nak tunjukkan pada si empunya beg tu..

aimaniman said...

Nak menipu.. dia sendiri rugi besar, nasib baik sipenjual tu amanah..
Mcm cerita akak gak, sblum raya 2 tahun lepas time nak balik kg, kereta tersondol keta lain lalu dihantar ke bengkel.. sebab tergesa2, x check apa2, teringat gelang ada disimpan dlm dashboard.. tanya pekerja bengkel kata x tau..
X pa le.. anggap bukan rezeki jer..

ieda said...

aduhhh banyak tuu brg berharga ..
x tau nak cakap apa dah ..

QASEEH HATIKU QASEEH said...

Tu la kn x jujur...akhir nya rugi sndiri...like me d lyn dgn sombong ms bt sttlement kd kredit bnk h..c...lps tu cashier tu kol me back dgn manis nya...sbb duit krg 1k...mmg sy sedar duit sy lbi 1k x tau knp ada xtra 1k...rupa2 nya dr bnk tu...tp sy x tamak. ..sy return back 1k tu...wlu pn resit dah cetak amaun sbnr sy byr..klu ikut sy x slh payment resit sbagai bukti ada...hihi...tp bt apa la duit mcm tu...1k x kn ke mn2 jg pegi nya...

norh said...

macam2 perangai org ni kan..

Amie said...

Macam2 feel customer ye...

sal ya said...

mungkin jugak la kot. sebab tu Allah nak tunjuk. siap ada barang kemas bagai dlm tu.

Cik Nur said...

itulah..ALLAH balas sekejap je.
lain kali jujurlah...

apap cerita lepas tu ye..
mcm mana reaksi org tu bila dapat balik barang berharga tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...