February 11, 2011

1MaLaYSiA DaH TeNGoK

Assalamualaikum,
Apa khabar semua?
Diharapkan korang semua dalam keadaan sihat walafiat.
Petang tadi saya dan beberapa orang kawan
telah pergi menziarah seorang kawan kami dihospital.
Kawan kami tu mengidap asma, kencing manis,
darah tinggi dan kencing kotor(ada darah).

Akak ni memang jenis yang suka bercerita dan dan
dalam keadaan sakit2 pun dia kadang2 agak melucukan.
Kebetulan tadi dia menceritakan bagaimana keadaan dia
sewaktu berada dalam 'emergency room" .
Dia terpaksa melalui prosedur untuk dimasukkan
'wire' melalui bahagian bawah  untuk check penyakitnya.

Disebabkan akak ni  tak ada anak dan tak pernah melalu proses bersalin, 
dia bagitau yang dia memang malu sangat2 bila terpaksa
melalui semua proses pemeriksaan tersebut.
Kami pun sedia maklum kalau dia rasa demikian.

Lalu kawan2 pun mula bercerita serba sedikit perihal
pengalaman sewaktu  diperiksa oleh doktor ketika
masing2 melalui proses bersalin dan sebagainya.
Antaranya ada yang bercerita,
"Saya bernasib baik dari anak petama sampai...., semua dengan
doktor perempuan, tak pernah doktor lelaki".
Kemudian seorang lagi kawan berkata,
"Saya pulak, semua penah,Melayu, Cina..., India..."

Tiba2 akak yang sakit tu menyampuk,
"1MALAYSIA DAH TENGOK la!!"
Kami semua tak larat nak tahan, terus ketawa
mendengar jawapan spontan dia..

8 comments:

Ayuni said...

baru semangat 1 Malaysia!

Shafiq said...

:-)

rizwan's sweetheart said...

dalam sakit2 pon masih blh bergurau... :))

Nieza said...

haha 1 Malaysia dimana saja berada:)

Gentleman Frog said...

salam,

macam2 penyakit, kalau tak fizikal, mental.

Kalamhati said...

hehehe sabo je..
(btw chantekk header baru ciknor..suka!)

cek chun said...

sakit kan tetap nak buat lawak. best kan boleh kawan dengan orang yg macam tuh.

whitecappuccino said...

@Ayuni: betul
@Shafiq::)
@fda: a'ah, dia suka bergurau
@Nieza:betul
@GF: setuju
@Kalamhati:ye la..oh!tq..ayuni yg buat
@cekchun:memang best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...