February 14, 2011

HaRi INi DaLaM SeJaRaH

Hari ini, 14 Februari 1942 , merupakan tarikh gugurnya wira tanah air
Leftenan Adnan bin Saidi dalam  pertempuran di Bukit Candu.

sumber: Wikipedia
Pada awal petang 14 Februari, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah. Daripada Jalan Pepys Road mendaki Pt.226, Adnan Saidi yang ketika itu berusia 27 tahun, memantau kontinjen "tentera Sikh" daripada Tentera British India (British-Indian Army) mara. Penglihatannya yang tajam dan kecerdasan fikirannya membolehkan Lt. Adnan perasan sesuatu tidak kena apabila menyedari tentera berturban yang mara itu bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga seperti Tentera British. Menyedari helah tersebut, Lt. Adnan Saidi dan anak buahnya melepaskan tembakan dan berjaya membunuh sekitar 20 orang musuh pada jarak dekat, dengan itu memaksa tentera Jepun berundur.

Dua jam kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serangan besar-besaran dalam bilangan yang besar. Serangan tersebut menumpaskan Lt. Adnan Saidi dan tenteranya. Dengan bilangan yang jauh lebih kecil dan kekurangan peluru, Rejimen Askar Melayu telah berjuang dengan berani sehingga titisan darah yang terakhir. Walaupun Leftenan Adnan terkorban, namun lebih daripada 800 askar yang telah dibunuh oleh Leftenan Adnan dan regimennya.

Begitulah  semangat "Taat dan Setia" yang begitu kental di dalam jiwa mereka. 

Keberanian serta kepahlawanan Leftenan diakui sendiri oleh Empayar British dan juga Empayar Jepun, sehinggakan General Yamashita yang dikenali sebagai Harimau Malaya menyatakan “jika terdapat 10 orang Leftenan Adnan, belum pasti Malaya jatuh ke tangan Jepun”.

Sumber Petikan: Wikipedia

9 comments:

Ayuni said...

al Fatihah...

Sham said...

salam maulid...

nila hero malaya sebenar...tapi tak byk pun cite pasal dia...

Hanis Azla said...

hari tu ada pinjam buku leftenan adnan.. menangis anak perempuan saya baca bab bagaimana mayat arwah di pelakukan.. semoga arwah di tempatkan bersama orang2 yg beriman..

rizwan's sweetheart said...

Fda suka sangat cerita left adnan... dan mmg mengagumi semangat dia... semoga dia dicucuri rahmat... al-Fatihah

Cikgu CTE said...

walaupun dia pahlawan negara tetapi ramai yang masih tidak mengenali beliau...

sissyira said...

salam

ramai yang tidak tahu kisah 14 feb, sayang sekali.

Hanis MY said...

Stuju dgn ayat yg last tu masa hanis awal2 dtg sini sensei hanis minta maaf pasal jepun serang mesia dulu, dia ckp dia bukan dr family yang sukakan perang ada macam 2 sekutu satu nk perang satu nak damai tapi sebab yang nk perang tu majoriti terpaksa akur malah masa dia kecik2 dulu selalu kena pindah randah dan lari sebab keturunan family dia tak sokong kerajaan masa zaman tu...

whitecappuccino said...

wslam: benar ramai yang sebenarnya tidak tahu kisah Left Adnan..

Qaseh dalia adelia said...

salam maulidur rasul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...