Semalam sewaktu kami ke surau di KB Mall untuk solat maghrib, mata saya tertumpu ke arah lampin pakai buang yang tersadai kat tepi tempat amik wuduk. Lepas tu masuk makcik tukang bersih tempat tu tiba-tiba bersuara membebel mengatakan "tak ada otak betul orang ni..ada ke pampers budak letak kat sini, tak nampak ke tempat ni orang buat apa?" Makcik tu terus membebel kagi sambil mengambil pampers tersebut untuk dibuang. Dia sambung lagi" Tadi ada ke basuh berak anak pun kat sini.(tempat berwuduk) tak reti sungguh la".
Dalam hati saya , masyaallah.. ada jugak orang yang tak reti membezakan tempat berwuduk dengan tandas. Tandas kan ada kalau nak basuh kencing atau berak anak, kenapa kat tempat orang berwuduk dalam surau yang sempit itu. Dah la basuh kencing/berak anak kat situ, ditinggalkannya pampers terpakai di situ..memang tak reti " guna otak " (dalam bahasa yang lembut ni) sungguh la. Tak boleh ke masukkan dalam plastik dan buang kat luar? berat sangat agaknya pampers tu sampai tak terangkat dek tangan mereka yang bertuah tu?.
Bebelan makcik tu memang berasas..dah ada anak pun tak reti guna otak untuk selesaikan perkara yang remeh itu . Kalau saya kebetulan terserempak dengan hamba Allah yang sedang letak pampers begitu nescaya saya tau nak kata apa kat dia...geram jugak laa.!
12 comments:
ZzZz...pe kene ngn si pengotor tu de ke patut buat malu kepada orang islam je..hehe jmput sggh
Bukan takde otak tapi otak dia mengalir masuk ke lutut.
hm, teruknye, mcm xde toilet kt situ...
akak... haishh.. macam2 org sekrang kan...
ape kes la main buang rata-rata, kan najis tu. Patutnya kena jagala kebersihan tempat wudhuk.
haishhhhh...manusia2 mmg penuh sikap pentingkan diri sendiri...najis tu kan? kalau terpijak kan xboleh bawa solat...
geram plak..
meme patut pun mokcik tu sembur..
huhu ado lagi oghe hok tak pakai otak lagu tu..
sy kalu bab2 smpah ni meme geram sikit..buleh
tuka jadi incredible hulk..hehe
salam pagi jumaat =)
cukup pantang kalau tinggal pampers merata-rata..memang hangin la..
adeh, macam tu ade gak ke? pengajaran kat semua, jangan jadi manusia takde otak..
nilah masalah masyarakat Malaysia ni kaknor... fasiliti semuanya nak yang 1st class... tapi, minda rakyat dia tetap kekal 3rd class... susah kan nak 'menyekolahkan' diorang ni???
jenis hidup nak senang je cam2 r perangainye..
mmg seseorang yg tak pegang amalan agama islam dlm hidup dia huhu sgt menyedihkan...
Post a Comment